Friday 19 October 2012

10. Membentuk PERSOALAN KAJIAN


Pendefinisian masalah atau yang selalu disebut pernyataan masalah adalah satu bentuk pernyataan yang ringkas dan padat. Pernyataan masalah ini mestilah dibuat dalam bentuk persoalan. Persoalan-persoalan yang dibentuk adalah isu-isu yang akan dikaji dengan bermatlamatkan kepada jawapan atau penyelesaiannya. 



·  Bidang-bidang yang mempunyai kaitan dengan masalah konsep yang mana memerlukan penerangan yang lebih lanjut bagi pembangunan sesebuah teori yang lebih baik.
 
·  Situasi-situasi yang mana penyelidik berminat untuk mencari jawapan terhadap persoalan kajian secara empirikal kerana berminat terhadap topik tersebut.

 


Pada peringkat ini, masalah dikenalpasti sebagai panduan kepada penyelidik terhadap peringkat yang seterusnya. Sebagaimana proses penyelidikan, masalah akan ditentukan atau dikenalpasti semula.
 

Pernyataan masalah perlu ditulis dengan lengkap dan jelas. Ini kerana pernyataan masalah yang lengkap dan jelas akan menentukan persoalan dan objektif kajian. Sebagai contoh, katakan seorang penyelidik ingin menyiasat perbezaan gaji di kalangan pekerja-pekerja pengeluaran. Antara persoalan yang boleh ditimbulkan ialah: 
 
 
·  Adakah terdapat perbezaan gaji mengikut jantina?
·  Apakah faktor-faktor yang membawa kepada perbezaan   

   gaji dikalangan pekerja pengeluaran?
·  Adakah perbezaan gaji disebabkan oleh taraf pendidikan 

   yang berbeza?
·  Adakah perbezaan gaji disebabkan oleh pengalaman?
·  Adakah perbezaan gaji dipengaruhi faktor umur?
 



Persoalan-persoalan ini akan membantu penyelidik menjuruskan pencarian literatur yang benar-benar relevan dan menyeluruh.

No comments:

Post a Comment