Friday, 12 October 2012

3. Ciri-Ciri HIPOTESIS

1. Dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat
Contoh: Prestasi penguasaan matematik di    kalangan pelajar perempuan lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki.
 
2. Mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah 
Boleh diuji: diukur dan dicerap.

3. Harus bersifat khusus dan tidak boleh bersifat umum (khusus untuk perkara yang ingin diukur). Oleh itu objektif khusus boleh dijadikan panduan dan secara tidak langsung memudahkan proses mengenal pasti hubungan /perkaitan/perbezaan antara pembolehubah. Mesti tekal dengan pengetahuan yang sedia ada/teori, dan tidak bertentangan dengan teori dan hukum yang ada.

4. Mempunyai kuasa penjelasan: logik, tepat, jelas dan rasional
contoh:  “Pendekatan konstruktivisme dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.”

5. Mesti boleh diuji – pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti yang ada menyokong ataupun tidak hipotesis yang bersifat sementara. 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment