Tuesday 18 December 2012

BAB 8 : PENGUMPULAN DATA

 Klik di sini untuk ke PAUTAN NOTA PENGUMPULAN DATA

Kaedah Pengumpulan Data Primer
Pengenalan
Mengikut Rohana Yusof(1996), Asas Sosial Dari Perspektif Sosiologi, penyelidikan yang baik akan memberikan pemerhatian kepada langkah-langkah kajian yang terlibat. Umumnya terdapat beberapa peringkat yang utama dalam penyelidikan sosial seperti yang dibincangkan oleh Kanneth D.Baily(1284) dan Kamarudin Ngah(1990). Peringkat-peringkat itu ialah satu, mengenal pasti masalah, mentarifkan matlamat dan objektif sesuatu penyelidikan itu, dua, pembentukan hipotisis, tiga, merumuskan reka bentuk penyelidikan, empat, mengumpulkan data, lima, menganalisis data, tujuh, menganalisis hasil penyelidikan untuk menguji penyelidikan. salah satu kaedah kumpul data ialah kaedah primer

Kaedah Data Primer
Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. Dr. Prof.et al(2001)Pengantar Sains sosial, dalam kaedah data primer terdapat kaedah-kaedah tertentu untuk mendapatkan data dan maklumat seperti kaedah tinjauan, kaedah kerja lapangan(Fiel Work/study). Mengikut Rohana Yusof(1996), Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi , kaedah data primer ialah kaedah yang digunakan ialah kaedah pengamatan atau dikenali juga kaedah penyelidikan berpartisipasi, dan kaedah soal selidik.

Kaedah Tinjauan
Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. Dr. Prof.et al(2001)Pengantar Sains sosial, kaedah tinjauan adalah satu kaedah yang popular untuk mendapatkan data dan maklumat dikalangan pengkaji sains sosial. Dalam kaedah ini pengkaji memperolehi data dan maklumat dengan cara membentuk soal selidik tertentu yang menepati ciri-ciri piawai serta menyerahkan sempel kepada responden. Ciri-ciri piawai ialah ciri-ciri yang dikehendaki oleh penyelidik itu sendiriyang menepati ciri-ciri yang dibuat. Manakala responden pula ialah masyarakat atau individu dalam masyarakat yang dikaji. Sample responden ditentukan secara rawak atau ditentukan secara nisbah atu purata. Tiga cara untuk mendapatkan dan maklumat dalam kaedah tinjauan iaitu tinjauan secara individu(self-administered questionnaires), temu bual dan tinjauan secara individu dan menggunakan telefon.

Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. Dr. Prof.et al(2001)Pengantar Sains sosial, dalam kaedah tinjauan, tinjauan secara individu ialah kaedah menghantar borang soal selidik melalui pos dan menghubungi responden dari rumah ke rumah. Kaedah tinjauan secara individu dibuat bagi memberi peluang kepada responden menjawab soalan tanpa rasa takut dan sangsi.
Kaedah temu bual pula dilakukan apabila sekiranya didapati kaedah menghantar borang soal selidik tidak berkesan. Manakala kaedah telefon pula ialah kaedah temu bual yang dilakukan penyelidik menggunakan telefon. Temu bual menggunakan telefon ini mungkin murah dan senang tetapi penyelidik tidak dapat bertemu dengan responden dan kesannya mungkin akan berlaku penyamaran dan salah dengar dan salah dengar maklumat.

Kaedah Kerja Lapangan(fiel work/study)
Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. Dr. Prof.et al(2001)Pengantar Sains sosial, dalam kaedah kerja lapangan(fiel work/study), terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan oleh penyelidik untuk memperolehi data dan maklumat dengan :

i. Turut serta dalam kehidupan atau sosial yang berlaku. Contohnya penyelidik ingin mengkaji proses strategi pilihan raya oleh parti politik, beliau akan turut serta dalam mesyuarat parti tersebut yang berkaitan dengan pilihan raya. Dengan ini data dan maklumat dapat diperolehi.


ii.Temu bual insentif (indepth interview), dalam teknik ini data dan maklumat diperolehi dengan cara temu bual yang dibuat barkaitan dengan isu-isu semasa kehidupan dan kemudiannya menjurus kepada topik yang sebenar. Contohnya dalam satu penempatan yang dikaji, penyelidik akan berkumpul dengan dengan penduduk yang berbual dikedai kopi sambil bercakap-cakap tentang isu-isu harian seperti bola sepak dimalaysia misalnya sebelum mulai menjurus kepada kepada topik yang sebenar.

iii. Kajian Kes. Kajian kes ini bersifat idiolografik tentang individu, kumpulan, dan masyarakat. Contohnya, seorang pengkaji ingin mengkaji tengtang kumpulan pekerja dalam sebuah Bandar. Pengkaji biasanya akan hanya akan mengfokuskan pada kumpulan tertentu sahaja, lokasi-lokasi tertentu, dan pada masa-masa tertentu sahaja.

iv. Etnografi(pemerhatian). Teknik ini biasanya berkaitan dengan disiplin antropologi. Dalam teknik ini data dan maklumat diperolehi dengan merujuk kepada kajian pemahaman dan pemerhatian terhadap budaya dan sub-budaya. Pengkaji akan trlibat sama dalam masyarakat yang dikaji dan akan bercampur dengan mereka. Contohnya kajian amalan pemujaan oleh satu golongan etnik disesuatu kawasan penempatan. Kajian yang dibuat oleh pengkaji atau penyelidik biasanya berkisarkan kepada memahami budaya masyarakat tersebut dan membezakan cirri-ciri budaya itu dan melihat persamaan dengan budaya lain.

Mengikut Rohana Yusof(1996), Asas Sosial Dari Perspektif Sosiologi, pengumpulan data dan maklumat boleh didapati dengan menggunakan kaedah soal selidik.
  
Kaedah Soal selidik
Terdapat dua bentuk kaedah ini, iaitu soal selidik secara langsung atau soal selidik secara pos.

a. Soal selidik secara langsung
- penyelidik akan bersemuka dengan para responden dan menyoal mengikut soalan-soalan dalam borang soal selidik. Ia lebih mudah dan menjimatkan kos.

b. Soal selidik secara pos
Kesukaran untuk menemudaga responden kerana mungkin responden ketiadaan waktu untuk ditemu ramah.untuk mengatasi masalah ini penyelidik akan menggunakan kaedah soal selidik secara pos. Alamat responden dipastikan tepat, dan satu set borang soal selidik dihantar bersama penarangan tujuan kajian dan arahan untuk mengisi borang soal selidik.

No comments:

Post a Comment