Tuesday 18 December 2012

BAB 7 : POPULASI DAN PERSAMPELAN

 PERSAMPELAN
 
SAMPEL



Sampel ialah kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Contohnya, jika sebuah sekolah mempunyai 1200 orang pelajar Sains, maka kumpulan tersebut dikenali sebagai populasi dan 240 orang pelajar daripada kumpulan itu yang dipilih untuk suatu penyelidikan, maka 240 orang pelajar tadi dikenali sebagai sampel.

Realitinya, keinginan pengkaji adalah untuk menyelidik populasi yang telah dikenal pasti dalam sesuatu penyelidikan. Tetapi, faktor-faktor seperti saiz populasi yang besar, pelbagai dan meliputi kawasan yang luas menyukarkan pengkaji untuk berbuat demikian. Aktiviti mencari dan menghubungi semua ahli populasi akan memakan masa dan perbelanjaan yang tinggi. Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa memilih sampel untuk diselidiki.

POPULASI



Populasi ialah kumpulan yang lebih besar yang akan memperoleh manfaat daripada dapatan yang diperoleh hasil pengkajian saintifik ke atas sampel.

POPULASI SASARAN

Populasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan asas untuk membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang dapat diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi pilihan ideal (Fraenkel dan Wallen, 2006).

POPULASI CAPAIAN 

Populasi capaian dikatakan sebagai populasi pilihan realistik kerana kebanyakan pengkaji dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan kajian.

Contoh untuk memahami konsep populasi sasaran, populasi capaian dan sampel adalah seperti berikut:

Masalah penyelidikan yang ingin diterokai: Kesan Pembelajaran Berbantukan Komputer terhadap Pencapaian Sains Murid Tahun Lima di Selangor.
Populasi sasaran: semua murid tahun lima di Selangor
Populasi capaian: semua murid tahun lima di daerah Hulu langat, Selangor
Sampel: 10 % murid tahun lima di daerah Hulu Langat, Selangor.

PERSAMPELAN
  • Persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji. 
  • Persampelan merupakan proses memilih sekumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili kumpulan besar (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang dipilih.
  • Tujuan persampelan adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi (orang, institusi, tempat, atau fenomena).
  • Matlamat persampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Ini bermakna pengkaji mengambil sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan membuat generalisasi berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel tersebut.
  • Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.

PROSEDUR PERSAMPELAN

Terdapat d
ua jenis prosedur persampelan iaitu:
  • Persampelan kebarangkalian (secara rawak)
  • Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)
Persampelan Kebarangkalian (secara rawak)

Prosedur p
ersampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif.  Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian.

Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi. Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah persampelan rawak. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur persampelan kebarangkalian.


Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)

Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh pengkaji dalam penyelidikan bersifat kualitatif
Persampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Sebagai contoh, seorang pengetua ingin mengenal pasti pendapat guru-guru di sekolahnya tentang suatu dasar. Beliau memilih 30 orang guru daripada populasi guru seramai 180 orang yang telah mengajar di sekolahnya. Guru-guru berkenaan dipilih  berdasarkan ciri-ciri berikut; (a) pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun, (b) ahli koperasi guru, (c) pernah menjadi ahli jawatankuasa penggubalan dasar sekolah. Memandangkan pemilihan sampel adalah berdasarkan ciri-ciri tertentu, maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi sampel penyelidikan pengetua.

Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis persampelan kebarangkalian dan persampelan bukan kebarangkalian.


Memandangkan perbincangan penulis lebih menjurus kepada penyelidikan kualitatif, maka hanya jenis persampelan bukan kebarangkalian yang dibincangkan  dalam konteks persampelan ini.

(1) Persampelan Mudah (Convenience Sampling)




Persampelan mudah dikenali juga sebagai persampelan secara kebetulan atau presampelan kesediaan. Di bawah persampelan mudah / Convenience Sampling, pengkaji memilih mana-mana subjek yang ditemuinya, yang paling dekat dengannya. Persampelan jenis ini biasanya digunakan dalam temu bual. 

Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian untuk mengetahui pendapat peserta seminar tentang keberkesanan program seminar yang dihadiri oleh mereka. pengkaji menemu bual 10 orang peserta, iaitu peserta-peserta yang paling dekat dengannya yang ditemuinya. Dalam kes ini, pengkaji menemui 10 orang peserta yang berada di bahagian hadapan dewan seminar secara kebetulan. Peserta-peserta lain terutamanya peserta yang berada di bahagian belakang dewan tidak mempunyai peluang untuk ditemu bual. Kebarangkalian peserta-peserta yang dipilih adalah berbeza, walaupun pengkaji tidak mempunyai apa-apa kriteria pemilihan responden, dan pemilihan tidak dibuat secara sengaja, pengkaji tidak dapat menganggarkan ralat persampelan kerana prosedur persampelan mudah bukan merupakan persampelan rawak.

(2) Persampelan Tujuan (Purposive Sampling)


Persampelan tujuan atau purposive sampling / judgment sampling merujuk kepada prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya  dipilih oleh pengkaji sebagai responden.

Sebagai contoh, jika pengkaji ingin mengenal pasti kesedaran pelajar-pelajar sekolah tentang akibat buruk merokok, dan hanya subjek-subjek kajian yang merokok sahaja yang dipilih sebagai responden. Maka, pengkaji telahh memilih subjek kajian berdasarkan tujuan atau kehendaknya. Dalam kes ini, responden-responden kajian  adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merokok, yang tidak mewakili seluruh populasi pelajar di sekolah. Sampel begini bukan merupakan sampel rawak dan hasil kajiannya tidak dapat digeneralisasi kepada seluruh populasi pelajar di sekolah kerana sampel tersebut tidak mewakili semua pelajar dalam populasi berkenaan. Keputusan kajian hanya mewakili kumpulan subjek kajian yang dipilih sahaja.

(3) Persampelan Kuota (Quota Sampling)

Persampelan kuota (Quota Sampling) dikenali juga sebagai persampelan rawak berlapis yang bukan kebarangkalian. Dalam prosedur persampelan ini, pengkaji memilih subjek berdasarkan kategori-kategori yang dianggap wujud dalam populasi. Ia adalah berbeza dengan persampelan rawak berlapis kerana dalam persampelan rawak berlapis, subjek dipilih secara rawak dalam kumpulan-kumpulan berlapis. Persampelan kuota sebaliknya dilakukan ke atas  kumpulan subjek tertentu (persampelan bertujuan), oleh itu, responden kajian merupakan subjek-subjek berlapis yang dipilih secara kebetulan. Dengan erti kata lain, pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-kuota yang dikategori oleh pengkaji. Dalam prosedur ini, subjek dipilih secara kebetulan sehingga bilangan bagi satu kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi, dan prosedur ini diteruskan untuk memilih subjek-subjek lain dalam kategori-kategori lain sehingga semua kategori dipenuhi.

Sebagai contoh, pengkaji ingin mengenal pasti pendapat pelajar kursus komputer tentang keberkesanan program komputer di sekolah. Pengkaji membahagikan pelajar-pelajar kepada dua kategori iaitu kategori pelajar yang sering menggunakan komputer sekolah (tiga atau lebih daripada tiga kali seminggu) dan kategori pelajar yang kurang menggunakan komputer di sekolah (kurang daripada tiga kali seminggu). Pengkaji memilih 30 orang pelajar untuk setiap kategori berdasarkan kepada kriteria "siapa yang ditemui dahulu dipilih, sehingga kedua-dua kategori dipenuhi". Dalam kes ini, walaupun pengkaji memilih satu peratusan tertentu subjek dalam setiap kategori, pemilihan tidak dibuat secara rawak atau ralat persampelan tidak dapat dianggarkan. Oleh itu, keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian di bawah prosedur persampelan kajian ini.

(4)  Persampelan Dimensional

Persampelan dimensional (Dimensional Sampling) biasanya digunakan dalam kajian kes. Hanya sebilangan kecil subjek mempunyai ciri-ciri khas yang diminati pengkaji, dijadikan sebagai responden kajian. Persampelan dimensional digunakan untuk mengurangkan masalah saiz sampel dalam prosedur persampelan  kuota. Di bawah persampelan ini, pengkaji mengenal pasti ciri-ciri (faktor-faktor atau variabel bebas) yang diminati dalam populasi dan memilih sekumpulan kecil (sekurang-kurangnya seorang) responden yang mempunyai semua ciri tersebut. 

Sebagai contoh, dalam kajian kes, pengkaji ingin mengetahui pandangan pegawai-pegawai lelaki dan perempuan sebuah organisasi yang bertaraf pekerjaan yang tetap, sementara dan kontrak. Jadual di bawah menunjukkan subjek yang dipilih dengan prosedur persampelan dimensional.


Berdasarkan jadual di atas, subjek bagi setiap kumpulan responden dipilih berdasarkan pemilihan secara kebetulan, iaitu subjek yang mempunyai ciri-ciri tersebut yang ditemui dahulu dipilih sebagai responden kajian.

(5) Persampelan Kes Kritikal

Prosedur persampelan kes kritikal (Critical case sampling) digunakan apabila kajian dilakukan ke atas kes-kes yang spesifik, yang melibatkan tingkah laku yang aneh, luar biasa atau jarang dijumpai. Persampelan kes kritikal ini biasanya digunakan untuk kajian kulitatif atau kajian kes yang bertujuan menyelidik individu atau kumpulan yang unik. Sebagai contoh, pengkaji berminat untuk mengkaji kes-kes berikut;
  • seorang kanak-kanak tadika mengalami kecederaan di sebuah tadika
  • beberapa penghuni rumah terpaksa berpindah kerana kawasan yang didiami mereka mengalami tanah runtuh
  • cara seorang korporat mencapai kejayaan walaupun merupakan individu yang kurang upaya
Prosedur persampelan ini digunakan dalam kajian bertujuan untuk memahami dan mempelajari secara mendalam tentang sesuatu yang berlaku secara serius, yang mendatangkan kesan kepada masyarakat. Sampel kes kritikal yang digunakan juga dikenali sebagai sampel kes ekstrim.

(6) Persampelan Variasi maksimum

Dalam pe
rsampelan variasi maksimum (Maximum variation sampling), individu-individu atau kumpulan individu dipilih  untuk mewakili tahap terendah dan tahap tertinggi dalam sesuatu variabel (atau ciri) yang mempunyai nilai selanjar.

Sebagai contoh, kumpulan pekerja tahap IQ tertinggi dan kumpulan pekerja  tahap IQ terendah dalam sesebuah organisasi dipilih sebagai sampel variasi maksiimum dalam kajian yang bertujuan untuk menyelidik perhubungan antara tahap IQ dan produktiviti pekerja-pekerja.

(7) Persampelan Bola Salji (Snow ball sampling)




Persampelan bola sajli atau snow ball sampling merujuk kepada prosedur persampelan iaitu, responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kajian. Prosedur persampelan ini digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Dalam prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau diberi soal selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah persampelan ini akan dilakukan berterusan sehingga pengkaji memperoleh semua responden yang dikehendaki. Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian tidak diperoleh, terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif, atau tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai contoh, kajian yang dilakukan ke atas pegawai-pegawai sesebuah organisasi yang terlibat dengan kes jenayah tertentu atau kajian yang dilakukan ke atas guru-guru yang terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau kajian ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat secara aktif dalam politik. Walaupun prosedur persampelan ini tidak melibatkan pemilihan rawak, ia sesuai digunakan pada keadaan-keadaan di mana prosedur persampelan lain tidak sesuai digunakan.
SUMBER : http://pomizi-research.blogspot.com/p/persampelan.html

##################################################################################



PERSAMPELAN
maklumat diperolehi dari sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar. Kumpulan besar ini dikenali sebagai populasi.
Prinsip persampelan berdasarkan konsep kebarangkalian dan setiap elemen yang dipilih mempunyai peluang yang sama dan mewakili populasi. Jika mengkaji semua populasi disebut banci.

Tujuan Persampelan;
Mentaksirkan parameter populasi. Parameter ialah ciri-ciri populasi yang diminati oleh pengkaji spt. umur, pekerjaan, kelulusan, sebab-sebab, sambutan dll. Sampel yang baik mempunyai ciri-ciri persamaan dengan populasi.Statistik digunakan untuk mentaksir parameter populasi.

Untuk menguji hipotesis statistikal tentang populasi. Contohnya, hipotesis: 85% lelaki menonton TV. Dari sampel 77% lelaki menonton TV.


Saiz Sampel
– bergantung kepada 4 faktor;

1. Darjah ralat persampelan yang dapat diterima. Ralat persampelan ialah perbezaan maklumat antara sampel (statistik) dengan populasi (parameter). Lebih besar saiz sampel, statistik sampel lebih mirip parameter populasi.

2. Jenis populasi – Jika populasi yang dikaji adalah sama ciri-cirinya (homogenan) maka saiz sampel tidak terlalu besar. Tetapi jika populasi heterogenan (pelbagai) saiz sampel hendaklah besar agar dapat mewakili populasi.

3. Rekabentuk kajian – untuk sampel berlapis, setiap lapis tidak perlu saiz besar kerana populasinya homogenan. Sampel berkelompok pula memerlukan saiz sampel yang besar kerana terdapat lebih dari satu kelompoh akan dipilih, kelompok 1, kelompok 2, kelompok 3 dll.

4. Jenis analisis – teknik statistik tertentu menentukan jumlah yang besar seperti analisis faktor – memerlukan minimum 300 kes.


Faedah Persampelan – Menjimatkan perbelanjaan dan data cepat diperolehi.
Had persampelan – persampelan tidak sesuai jika perlukan maklumat semua populasi
Jika persampelan tidak sistematik, sampel tidak mewakili populasi
Ralat persampelan – perbezaan antara statistik (sampel) dengan parameter (populasi)




Jenis persampelan;
  • Persampelan kebarangkalian – setiap unsur mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel, saiz sampel khusus dan tahu saiz populasi.


  • Persampelan bukan kebarangkalian - Tiada sebarang asas untuk mentaksir ciri-ciri sampel menyerupai populasi, sampel yang mudah didekati, bias, yang sudi bekerjasama shj – pengkaji tidak dapat mengatakan sampel mewakili populasi.

Prinsip Kebarangkalian: setiap satu elemen mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.

Jenis persampelan kebarangkalian – Persampelan Rawak Mudah, Persampelan Berlapis, Persampelan kelompok dan persampelan sistematik,

Persampelan Rawak Mudah – 5 tahap;
Memperolehi satu rangka persampelan yag lengkap
Memberikan setiap ahli satu nombor khas
Menentukan saiz persampelan
Memilih ahli mengikut saiz yang ditentukan berdasarkan jadual nombor rawak
Memilih ahli daripada angka rawak tersebut.
Elemen persampelan diperolehi melalui cabutan nombor sama ada persampelan berganti atau tanpa ganti.

Faedah PRM;
  • Setiap unsur populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih – elak bias
  • Anggaran ralat persampelan dapat dikesan
  • Kaedah PRM menjadi asas semua jenis persampelan rawak.
Kelemahan PRM:
  • Tidak sesuai untuk semua keadaan
  • Senarai lengkap semua elemen populasi tidak diperolehi – tidak praktikal untuk kajian
  • Kaedah cabutan – tidak semua helaian nombor berpeluang untuk dipilih.

PERSAMPELAN RAWAK BERLAPIS – unsur-unsur asas dalam populasi diasingkan terlebih dahulu kepada kumpulan, setiap kumpulan dikenali sebagai lapisan. Drpd setiap lapisan, sampel dipilih dalam PRM – sampel lebih besar
Cth: 2 lapisan, lapisan perempuan dan lapisan lelaki.

Faedah Persampelan Berlapis;
  • Penemuan lebih tepat
  • Memudahkan pentadbiran – boleh dibahagikan kepada PRB berkadar dan tiada berkadar.
  • PRB Berkadar – saiz sampel lapisan menurut saiz populasi, 30, 30, 40
  • PRB Tidak Berkadar – jumlah kadar yang sama dalam setiap lapisan, 50%/50% setiap lapisan

PERSAMPELAN KELOMPOK
- kajian untuk kawasan yang luas;
Bahagikan kawasan dan beri nombor
Pilih elemen setiap bahagian secara rawak selepas membuat senarai elemen yang dipilih.
Cth: satu kawasan 50,000 org. Sampel hanya 200 org – bahagikan bandar dlm peta. Andai satu kawasan 500 keluarga, pilih secara rawak 200 org dgn memilih 50 org bagi setiap 4 kawasan yang ditandakan.

Kebaikan Persampelan Kelompok;
Sesuai utk populasi besar dan kawasan luas.
Tumpuan kajian di kawsan tertentu
Hanya perlukan sebarai nama kawasan untuk dipilih sahaja dengan kadar elemen yang mencukupi.
Utk negara membangun yang tidak memerlukan rangka persampelan.

PERSAMPELAN SISTEMATIK
– pengkaji menentukan jarak langkau atau jarak jauh apabila memilih sampel bermula sampel pertama (dipilih secara rawak) dan sampel seterusnya mengikut kaedah kiraan langkau 5, 10, 100 dll.

Kebaikan Persampelan Sistematik;
  • Praktikal dan mudah
  • Tidak perlu rangka persampelan
  • Kelemahan;
  • Bukan bentuk kebarangkalian – mengetepikan orang yang berada di antara elemen yang dipilih.
  • Komposisi bangsa yang berbeza- wujud ketidakseimbangan data.

PERSAMPELAN TAK RAWAK
– apabila persampelan secara rawak tidak dapat dilakukan;
  • Persampelan Kuota – Tentukan saiz sampel dan ciri-ciri sampel, pilih sampel. Cth: 18 perempuan dan 22 lelaki dari orang cina, Melayu dan India. 
  •  Persampelan berlapis, tetapi tiada kebarangkalian – kaedah ini dianggap tidak kuat- perlukan kawalan.
  • Persampelan Bertujuan – Untuk tujuan tertentu seperti menguji bentuk soal selidik atau mendapatkan maklum balas yang cepat. Ia hanya gambaran permulaan kajian

Rujukan: Syed Arabi Idid (2002), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: DBP

SUMBER :http://teknikpenulisanilmiah.blogspot.com/2009/10/kuliah-4-5-metodologi-penyelidikan.html

1 comment:

  1. These forms of qualitative information are used in various ways to provide information that is relevant and useful for decision-making. Below are a few steps on how to code qualitative data coding:

    ReplyDelete