Wednesday 10 October 2012

5. Membentuk HIPOTESIS


1. Secara Induktif (aruhan)
- Ianya dibentuk melalui proses cerapan. 
  • Buat aruhan dari cerapan atas kumpulan kecil dan berasaskan cerapan itu, buat tafsiran dan gunakannya sebagai generalisasi atau kenyataan umum. Misalnya, dari cerapan didapati markah BI pelajar di sebuah sekolah berbeza-beza, maka dihipotesiskan bahawa terdapat hubungan antara taraf sosio-ekonomi penjaga dengan pencapaian BI.
 
- Penyelidik akan menentukan susur galur dan kemungkinan hubungan antara pembolehubah yang dikaji. 
 
- Sesuai untuk ahli sains sosial dan pendidikan yang sering cerap tingkah laku sosial.

2. Secara Deduksi
- Ianya dibentuk daripada teori. 
  • Contoh: daripada  kajian literatur tentang teori pendidikan didapati pembelajaran berpusatkan pelajar lebih berkesan dalam menggarap kemahiran berfikir berbanding dengan pembelajaran berpusatkan guru.

- Ianya akan menjuruskan penyelidikan ke arah sistem pengetahuan yang lebih umum.
 
- Pengesahan hanya boleh dilakukan setelah kajian dibuat ke atas data empirik.  Jika data sokong hipotesis, dapatan boleh digabungkan dengan teori, oleh itu hipotesis lebih berfungsi sebagai pelengkap teori.



1. HIPOTESIS - Pengertian


Hipotesis



1. Hipotesis ialah merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan (Fraenkel, 1993).

2. Hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi (Ahmad Mahdzan Ayob, 1992).

3.  Hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang merupakan penerangan tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku  (Maleske, 1995).

4. Hipotesis adalah "educated guesses" iaitu andaian awal oleh pengkaji bagi menentukan hasil awal kajian yang hendak dijalankan dengan menghubungkan dua atau lebih pembolehubah yang wujud  dalam kajian. Sekiranya andaian ini benar selepas kajian dijalankan, keputusannya akan menjadikan hipotesis yang dibuat itu diterima atau ditolak.
(Sumber : http://notapismp.blogspot.com/2012/05/hipotesis-kajian.html)

5. Hipotesis ialah satu pernyataan yang dibuat tentang sesuatu fenomena yang diselidik, dalam bentuk ramalan tentang hubungkait antara dua atau lebih pembolehubah yang dijangka mempunyai kaitan (Penyelidikan dalam Pendidikan, Noraini Idris)