Wednesday 10 October 2012

1. HIPOTESIS - Pengertian


Hipotesis



1. Hipotesis ialah merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan (Fraenkel, 1993).

2. Hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi (Ahmad Mahdzan Ayob, 1992).

3.  Hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang merupakan penerangan tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku  (Maleske, 1995).

4. Hipotesis adalah "educated guesses" iaitu andaian awal oleh pengkaji bagi menentukan hasil awal kajian yang hendak dijalankan dengan menghubungkan dua atau lebih pembolehubah yang wujud  dalam kajian. Sekiranya andaian ini benar selepas kajian dijalankan, keputusannya akan menjadikan hipotesis yang dibuat itu diterima atau ditolak.
(Sumber : http://notapismp.blogspot.com/2012/05/hipotesis-kajian.html)

5. Hipotesis ialah satu pernyataan yang dibuat tentang sesuatu fenomena yang diselidik, dalam bentuk ramalan tentang hubungkait antara dua atau lebih pembolehubah yang dijangka mempunyai kaitan (Penyelidikan dalam Pendidikan, Noraini Idris)

2 comments:

  1. Cuba lihat semula nota saya,atau buku-buku penyelidikan. Susun maklumat supaya jelas dan sistematik. Keseluruhannya, syabas dapat membina satu blog yang mengandungi maklumat penyelidikan untuk dirujuk semua.

    ReplyDelete
  2. Tq Dr atas komen di atas... Kami akan susun maklumat supaya lebih teratur dan sistematik.

    ReplyDelete