Thursday 22 November 2012

8. Syarat Menyatakan HIPOTESIS

a. Hipotesis perlu dinyatakan dalam bentuk pernyataan, ia tidak boleh dinyatakan dalam bentuk soalan.

b. Hipotesis penyelidikan perlu selaras dengan fakta, kajian lepas dan teori.

c. Hipotesis harus dinyatakan mengikut masalah kajian.

d. Hipotesis haruslah boleh diuji.

e. Hipotesis perlu dinyatakan dengan tepat.  

7. Jenis HIPOTESIS (Nul & Alternatif)

Pernyataan sesuatu hipotesis bersifat sama ada negatif atau positif.

i. HIPOTESIS NUL / STATISTIK

- Hipotesis yang mempunyai pernyataan negatif

- Hipotesis statistik yang menyatakan bahawa tidak terdapat kaitan antara pembolehubah yang diselidik, sehingga diuji secara statistik.

- Penyelidik perlu bersikap terbuka dan adil dalam menentukan keputusan sesuatu penyelidikan, iaitu dengan menyatakan tidak ada kaitan, perubahan, pengaruh, kesan dan sebagainya terhadap perkara yang diselidik.   
  •  Contoh : 
      1. Jantina tidak mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

      2. Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

** Bagi hipotesis no. 1, apabila dikatakan bahawa tiada kaitan antara jantina dan pencapaian pelajar, dijangkakan bahawa pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah tidak berbeza, seperti yang dinyatakan dalam hipotesis no. 2 juga. 

Jika keputusan ujian statistik menunjukkan :
  •  tidak berbeza secara signifikan
Penyelidik akan menerima hipotesis nul sekiranya perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan tidak berbeza secara signifikan.
 
  •  berbeza secara signifikan
Penyelidik akan menolak hipotesis nul sekiranya terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian  pelajar lelaki dan pelajar perempuan.


 ii. HIPOTESIS ALTERNATIF / PENYELIDIKAN

- Hipotesis yang mempunyai pernyataan positif

- Hipotesis penyelidikan yang menyatakan bahawa terdapat kaitan antara pembolehubah yang diselidik.

- Hanya pembolehubah tertentu yang dianggap mempunyai kaitan akan diselidik dalam sesuatu penyelidikan. Penyelidikan tidak akan dilakukan ke atas pemboleh ubah yang tiada kaitan seperti pencapaian pelajar dan jenis darah.
  •  Contoh : 
      1. Jantina mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

      2. Terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

** Kedua-dua hipotesis menyatakan bahawa terdapat kaitan antara jantina dan pencapaian pelajar, bermaksud akan wujud perbezaan pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan, maka penyelidikan dilaksanakan bagi memastikan wujudnya kaitan.

Jika keputusan ujian statistik menunjukkan :
  • berbeza secara signifikan 
Penyelidik akan  menerima hipotesis alternatif sekiranya terbukti wujud perbezaan yang signifikan antara pencapaian  pelajar lelaki dan pelajar perempuan. 
  •  tidak berbeza secara signifikan
Penyelidik akan menolak hipotesis alternatif sekiranya perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan tidak berbeza secara signifikan.

9. Apakah PERSOALAN KAJIAN?

  • Apakah yang mungkin dicapai (ramalan secara formal)
  • Persoalan berkaitan dengan objektif kajian.
  • Persoalan menjurus mencapai objektif sekiranya ditulis selepas objektif.
  • Mampu dijawab dalam soal selidik.
  • Mengaitkan dua pembolehubah dalam masalah kajian jika ditulis sebelum objektif.
  • Bentuk hipotesis berdasarkan teori atau dapatan lalu.
  • Nyatakan sebagai cadangan kepada jawapan atau penyelesaian kepada masalah kajian.
  • Pernyataan yang dipilih boleh diuji kebenarannya.


CONTOH PERSOALAN KAJIAN


  • Apakah corak amalan keibubapaan dalam aspek meluangkan masa terhadap anak-anak dalam keluarga pelajar miskin?
  • Apakah corak amalan keibubapaan dalam aspek bimbingan yang diberikan terhadap anak-anak dalam keluarga pelajar miskin?
  • Apakah corak amalan keibubapaan dalam aspek aspirasi terhadap pencapaian anak dalam keluarga pelajar miskin?