Friday 19 October 2012

6. Jenis HIPOTESIS (Tidak Terarah & Terarah)


Secara amnya, hipotesis boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok utama iaitu :-

a. HIPOTESIS TIDAK TERARAH

- Pernyataan yang tidak menunjukkan arah perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah yang diselidik.

- Penyelidik hanya ingin memastikan samaada wujud atau tidak perbezaan yang signifikan antara pencapaian dua pemboleh ubah terlibat. 

Contoh : 
i. Terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan di kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.
ii.   Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan di kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

- Terdapat kemungkinan kewujudan perbezaan dari segi pencapaian antara jantina, tetapi tidak signifikan, dan ini dapat diuji secara statistik. Dalam penyelidikan, perbezaan yang tidak signifikan dianggap umpama tiada perbezaan.  



b. HIPOTESIS TERARAH

- Pernyataan hubungan antara pembolehubah yang mengarah ke arah sesuatu.

 Contoh : 
i. Pelajar lelaki mempunyai pencapaian  yang lebih tinggi daripada pelajar perempuan dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.
ii.  Pelajar perempuan mempunyai pencapaian  yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

- Hipotesis tidak mempersoalkan kewujudan perbezaan tetapi telah menerima hakikat bahawa wujud perbezaan.


Penting :
Sama ada sesuatu hipotesis itu terarah atau tidak bergantung kepada arah dapatan kajian terdahulu.

2 comments:

  1. Ceritakan apakah hubungan persoalan kajian dengan objektif kajian dalam sesuatu penyelidikan.

    ReplyDelete
  2. Merujuk http://hipotesisfpp2012.blogspot.com/2012/11/7-jenis-hipotesis-nul-alternatif.html

    Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.
    dikatakan sebagai HIPOTESIS NUL

    kenapa di sini ia dikatakan sebagai HIPOTESIS TIDAK TERARAH?

    ReplyDelete