Tuesday, 18 December 2012

BAB 6 : INSTRUMEN KAJIAN/ALAT PENGUKURAN

INSTRUMENTASI DALAM PENYELIDIKAN (QUESTIONNAIRE CONSTRUCTION FOR PREUNIVERSITY RESEARCH)

Setelah menyiapkan draf bab pengenalan dan bab tinjauan bacaan, penyelidik seharusnya telah menetapkan masalah penyelidikan dengan sokongan input ilmu pengetahuan dalam bidang penyelidikan yang hendak diperoleh datanya. Langkah seterusnya ialah memilih kaedah penyelidikan yang boleh membantu pengumpulan data bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah disejajarkan sejak pemilihan tajuk lagi. Seperti yang dipersetujui, setelah mengambil kira kawalan sumber dalam kalangan pelajar prauniversiti, hanya kaedah tinjauan dengan sampel bukan rawak bertujuan digunakan.

Sehubungan itu, pelajar prauniversiti dikehendaki mentadbirkan item soal selidik yang telah disejajarkan dengan masalah penyelidikan dan input ilmu pengetahuan tadi sekali sahaja dengan sasaran untuk mencapai kadar pengembalian 100%. Perbincangan kali ini bukan sahaja bertujuan menyediakan item soal selidik yang mencukupi dan sejajar, bahkan memberi penekanan terhadap soal etika supaya kelak tidak berbangkit sebarang isu yang boleh memudaratkan mana-mana pihak, terutama penyelidik dan sampel. Dengan itu penyelidik hendaklah memastikan bahawa identiti sampel tidak didedahkan dalam laporan penyelidikan, di samping mendapatkan persetujuan berpengetahuan (informed consent) responden.


Konsep Instrumentasi

Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat mengumpul data. Hakikat bahawa pemikiran sebenar seseorang manusia bersifat rahsia, serta sering tersembunyi di "sebalik topeng", maka diandaikan bahawa tingkah laku sebagai mewakili pemikiran. Tingkah laku  sampel diukur menerusi pentadbiran alat penyelidikan yang dipilih.


Konsep Kaedah Tinjauan

Definisi:  proses mendapatkan maklumat secara sepintas lalu menerusi sekali sahaja kutipan data.

Analogi:  umpama foto, menjelaskan situasi pada masa gambar ditangkap.

Andaian:

Pola tingkah laku masyarakat sukar berubah secara mendadak, sebaliknya cenderung dipengaruhi kehendak masyarakat ketika itu.

Tatacara:

Penyelidik menyediakan alat untuk  ditadbirkan supaya sampel mengisi maklumat yang sejajar dengan soalan penyelidikan. Data yang diperoleh akan diproses berdasarkan kaedah analisis yang telah dirancang oleh penyelidik. Walaupun teknologi memungkinkan soal selidik ditadbirkan secara dalam talian (online),  mesej pesanan ringkas (SMS) atau mesin faksimili, pelajar prauniversiti dikehendaki menggunakan kaedah klasik, iaitu menggunakan kertas-pensil bagi mengisi set soal selidik yang diedarkan.

Pentadbiran:

Penyelidik muda prauniversiti memilih sampel --> edar set soal selidik yang sama --> kutip semula 100% --> analisis data


Kelebihan Kaedah Tinjauan Soal Selidik

1   Proses memungut data yang cepat, digemari dan mudah untuk ditadbirkan

2   Penyelidik boleh memilih saiz sampel yang besar

3   Keupayaan generalisasi terhadap saiz populasi lebih besar, berkesan dan tepat

4   Fleksibiliti dari segi item soal selidik


Kekurangan Kaedah Tinjauan Soal Selidik

1  Cara sampel memahami item soal selidik mungkin berbeza, bergantung kepada latar belakang pendidikan dan pengalaman

2   Item yang ditadbirkan tidak boleh diubah suai semasa pentadbiran penyelidikan sedang berjalan

3   Kesahan item diragui justeru sampel mungkin memberi jawapan berpandukan tingkah laku yang sampel suka, bukan tingkah laku sampel yang sebenar.


Tatacara membina item soal selidik

Soal selidik ialah alat mengutip data menerusi kaedah tinjauan, serta ditadbirkan sekali sahaja. Pembinaan item soal selidik hendaklah sejajar dengan tajuk penyelidikan, masalah penyelidikan, soalan penyelidikan dan tinjauan bacaan. Penyelidik boleh mendapatkan kebenaran untuk menggunakan set soal selidik yang pernah digunakan oleh penyelidik lain, mengubah suai instrumen berkenaan, atau membina sendiri item soal selidik itu. Jumlah item dalam set soal selidik mestilah tidak membebankan sampel untuk memberi jawapan, serta tidak membebankan penyelidik apabila tiba masa analisis data.

Format Soal Selidik:

1   Surat makluman - dijadikan muka surat hadapan.

     Masukkan butiran nama dan alamat e-mel penyelidik; organisasi penyelidik (tempat kerja, tempat belajar) harapan penyelidik seperti "menjawab dengan suci hati. Selain itu, nyatakan dengan ringkas bahawa "penyelidikan ini adalah sulit" dan berkonsep tanpa identiti sampel. Surat hendaklah ringkas, serta menggunakan format rasmi.

2   Latar belakang / profil sampel / responden

     bersangkutan maklumat yang diperlukan sahaja -->  agama, jantina, lokasi rumah, dan lain-lain

3    Bahagian item soal selidik

       Disusun secara rawak supaya sampel tidak boleh belajar, atau cuba menetapkan pola jawapan. Sebaik-baiknya sistem penomboran item bermula daripada profil sampel mengikut ertib. Jangan lupa bahawa kesejajaran item dengan bab 1 dan 2 sentiasa dibuat semakan.


Akhiri soal selidik dengan catatan "terima kasih".


Bentuk Item Soal Selidik Respons Tertutup * / Aneka Pilihan  (closed-ended questions)

1   Binari:  Adakah anda memiliki buku teks ekonomi?        Ya   /  Tidak

2   Skala Likert (empat mata):   Buku teks wajib dimiliki setiap pelajar.    Amat setuju /  Setuju  /  Tidak Setuju  /  Tidak pasti

                                                   :  Adakah anda kerap merujuk buku teks?    sentiasa / kadang-kadang / tidak pernah / tidak pasti

                                                    :   Adakah tahap persembahan buku teks anda?   amat baik / baik / sederhana / lemah

3   Thurston:  Nyatakan sumber pemilikan buku teks anda.

                        A.  Beli sendiri buku teks baharu

                        B.  Beli buku teks terpakai

                        C.  Pinjam buku kawan

                        D.  Tiada pemilikan

Penyelidik muda prauniversiti digalakkan menggunakan skala Likert empat mata.

* dipilih bagi mewujudkan keseragaman jawapan / memudahkan proses analisis data


Ciri-ciri item soal selidik yang baik

1   Bersesuaian dengan latar belakang dan kesediaan responden (sampel). Item dibina dengan
jelas, teliti dan tidak berat sebelah.

2   Ruang pilihan jawapan memadai dan jelas. Arahan bulatkan, X atau / mestilah juga jelas.

3   Telah melepasi senarai semak penyelidik, contohnya:

     a)  Adakah item yang dibina sejajar dengan tajuk penyelidikan?

     b)  Adakah item yang dibina dapat memberikan data tentang masalah penyelidikan?

     c)  Adakah item yang dibina menepati objektif penyelidikan?

     d)  Adakah item yang dibina sejajar dengan soalan penyelidikan / hipotesis penyelidikan?

     e)  Adakah item yang dibina merujuk kepada maklumat dalam tinjauan bacaan?

     f)   Adakah item yang dibina sejajar dengan jenis data yang hendak dikutip?

     g)  Adakah item yang dibina telah diklasifikasikan dalam jadual perincian ciri pemboleh ubah?

     h)   Adakah laras ayat dan bahasa yang digunakan telah diuji (dalam kajian rintis)?

      i)   Adakah item yang dibina telah dibincangkan dengan pakar / penyelia / guru akademik tingkatan 6?

     j)    Adakah perkara ketanpanamaan (anonymity) telah dijamin?

     k)   Adakah soalan profil / latar belakang responden diasingkan dalam kategori yang berbeza dengan item soal selidik utama?


Perkara Yang Mesti Dielakkan

1   Item soalan yang mengaibkan sampel / membebankan / memudaratkan

2   Item soalan mendedahkan sampel kepada pelbagai risiko: ancaman terhadap pekerjaan, rumah tangga

3   Soalan dua beban (double-barreled): adakah anda memiliki buku teks dan buku rujukan?

4    Soalan panjang lebar, iaitu memasukkan ayat penjelasan dan soalan yang berjela-jela.
      (short items are best)


Contoh Jadual Persediaan Pembinaan Item Soal Selidik
(format matrik)

Bulatkan pilihan jawapan anda berdasarkan skala:               4  =  amat setuju
                                                                                             3  =  setuju
                                                                                             2  =  tidak setuju
                                                                                             1  =  tidak pasti

Bil     Item (berdasarkan maklumat tinjauan bacaan)                                        Skala 

  1      Buku teks ialah rujukan utama pembelajaran                                          4       3      2     1

   2     Buku teks merangkumi semua kehendak sukatan pelajaran                      4       3      2     1

   3     Format buku teks menarik minat pelajar                                                 4       3      2     1

    4    Fakta buku teks sentiasa relevan dengan perubahan masa                        4      3       2     1

    5    Guru sentiasa mengingatkan rujukan buku teks                                       4      3       2      1

    6    Soalan peperiksaan digubal berdasarkan buku teks                                   4      3       2      1

    dan item seterusnya...


Semakan Klasifikasi Item

Fakta Tinjauan Bacaan                                  Jumlah Item               Nombor Soalan
  
Fungsi / kegunaan buku teks                                      6                     1, 6, 13, 18, 22, 26

Masalah pemilikan / pinjaman buku teks                     6                     2, 7, 14, 19, 23, 27

Minat pelajar terhadap buku teks                                6                     3, 9, 16, 21, 25, 29

dan seterusnya...


Penutup: Sebelum item soal selidik dimuktamadkan untuk pentadbiran penyelidikan

Semak beberapa kali untuk proses penambahbaikan item. Penyelidik boleh meminta pendapat rakan penyelidik yang lain (peer review), atau bertanyakan individu-individu yang mempunyai latar belakang yang serupa dengan bakal sampel / responden. Cara ini dikira sudah memadai bagi penyelidik muda prauniversiti menggantikan kajian rintis yang biasa dilakukan dalam penyelidikan tinjauan skala besar.


Bibliografi

Babbie, Earl  (2010).  The Practice of Social Research. USA: Wadsworth Cengage Learning

Chua Yan Piaw (2006).  Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education

Mohd Najib Abdul Ghafar  (2003).  Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia


SUMBER : http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2010/07/instrumentasi-dalam-penyelidikan.html


 ******************************************************************

ALAT KAJIAN
Pengutipan data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan alat-alat kajian untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh dikutip melalui pemerhatian, soalselidik, penelitian dokumen dan sebagainya. Data kuantitatif dikutip melalui, misalnya, soal selidik, ujian atau inventori.

Pembinaan Alat Kajian
Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu, sebelum kajian sebenar dijalankan. Sekiranya kajian menggunakan ujian, ia perlu dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian.
Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi ukuran variable dengan tepat/sah. Data yang dikutip ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya akan ditafsir  oleh pengkaji. Justeru, ketepatan data kajian amatlah penting disebabkan penakrifan yang betul bergantung kepada data yang tepat.

—  Proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu
(a) menentukan objektif alat kajian, dan
(b) menentukan kandungan alat kajian, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
  • Menentukan Objektif Ujian
—  Sesuatu ujian perlu dibina mengikut objektifnya, iaitu apakah yang kita ingin tahu tentang responden kajian kita. Objektif tingkah laku yang ingin diukur hendaklah dinyatakan dengan jelas dan ia hendaklah boleh dicapai (realistic).
—  Contoh objektif ujian ialah "Murid dapat menjelaskan bentuk muka bumi kampung/taman perumahannya". Ujian juga boleh digunakan untuk mengukur kecerdasan murid-murid.

—  Kajian Rintis
—  Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang bertujuan untuk memestikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang munkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan responden yang setara dengan responden kajian sebenar, iaitu dari segi lokasi, seting dan profit responden (contohnya, umur, jantina dan sebagainya.). Selepas ujian rintis dijalankan, soal selidik perlu dimurnikan mengikut maklum balas yang diperoleh.
Menurut Cohen, Manion dan Morrison (2000), fungsi kajian rintis ke atas soal selidik (questionnaire) adalah seperti berikut:
  • —  Menyemak kejelasan item-item, arahan dan dan susun atur (layout) soal selidik.
  • —  Mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selidik.
  • —  Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format jawapan.
  • —  Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.
  • —  Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.
  • —  Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.
  • —  Mengenal pasti item-item yang tidak berkaitan dalam soal selidik.
  • —  Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.

 Sumber :http://whatta.org/kelas/mod/page/view.php?id=96
 ##############################################


INSTRUMEN
 
• Instrumen digunakan untuk memungut data kajian.
• Instrumen boleh berbentuk :

      – Dibina sendiri oleh pengkaji.
      – Diubah suai daripada instrumen kajian terdahulu
      – Menggunakan instrumen standard yang sedia ada.



Instrumen Kajian Kuantitatif
• Jenis-jenis instrumen kajian kuantitatif yang kerap digunakan:
– Soal selidik
    • Soal selidik persepsi / sikap
    • Inventori konstruk psikologi
– Ujian
    • Ujian prestasi/pencapaian
    • Ujian diagnostik
    • Ujian amali
– Senarai semak
    • Senarai semak perlakuan guru semasa mengajar



 Instrumen Kajian Kualitatif
• Penyelidik adalah instrumen utama dalam kajian kualitatif
• Kaedah yang biasa digunakan:
– Temubual
   • Temubual berstruktur
   • Temubual separa berstruktur
   • Temubual tidak berstruktur
– Pemerhatian
   • Pemerhatian sebagai peserta (Participant observer)
   • Pemerhatian penuh (Complete observer)
– Dokumen
   • Hasil kerja pelajar
   • Diari/jurnal reflektif
   • Buku kedatangan pelajar



 Kesahan
• Secara amnya, kesahan mencerminkan darjah ketepatan semasa mengukur/memerhati apa yang hendak diukur/ diperhati.
• Dalam kajian kuantitatif, kesahan instrumen menentukan sejauh manakah ia dapat mengukur apa yang hendak diukur
• Dalam kajian kualitatif, kesahan menentukan sejauh mana pengkaji melaksanakan pemerhatian dan interpretasi dengan tepat dan benar.


Kebolehpercayaan
• Dalam kajian kuantitatif, kebolehpercayaan menggambarkan sejauh manakah pengukuran melalui sesuatu instrumen adalah konsisten dan stabil
– Konsistensi dalaman (Cth: Cronbach Alpha)
– Stabiliti (Cth: Test-retest reliability)


• Dalam kajian kualitatif, kebolehpercayaan
menggambarkan sejauh manakah pengkaji melaksana dan melapor secara eksplisit prosedur kajian dengan benar dan jitu.
– Berkaitan dengan isu “credibility”, “dependability” dan
“transferability”


Sumber : http://norkhatimah.smkbt.com/pluginfile.php/170/mod_page/content/20/Metodologi%20Kajian%20I.pdf

********************************************************************************************************

 

Skala Pengukuran (Scale of Measurement)

 Secara umumnya terdapat empat jenis skala pengukuran yang biasa digunakan; nominal, ordinal, interval dan ratio (nisbah).
Jenis skala amat penting dalam membezakan jenis analisis pengukuran yang akan dipilih dan digunakan. Oleh itu penyelidik seharusnya perlu membezakan di antara keempat-empat jenis skala pengukuran tersebut.




1. DATA NOMINAL
  • Data nominal boleh diklasifikasikan dalam bentuk kategori, nama ataupun label. 
  • Data nominal merupakan bentuk kategori yang tidak dapat disusun mengikut urutan seperti jantina (lelaki; perempuan). 
  • Walaupun ketika memasukkan data dengan menggunakan SPSS selalunya kita meletakkan nilai 1 bagi lelaki dan nilai 2 bagi perempuan tetapi pada hakikat yang sebenarnya nilai numerik pada kategori tersebut tidak menunjukkan makna yang lelaki lebih tinggi nilainya daripada perempuan. Ini kerana kita tidak dapat melakukan operasi matematik terhadap nilai-nilai tersebut. 
  • Antara contoh lain bagi data yang berbentuk nominal ialah budak ceria=1; budak tidak ceria=2.



 2. DATA ORDINAL
  • Data ordinal sebenarnya lebih kurang sama seperti data nominal. Apa yang membezakan ialah data ordinal boleh disusun mengikut urutan. 
  •  Walaubagaimanapun, data ordinal tidak boleh mengukur perbezaan di antara dua data. Dengan kata lain, data ordinal boleh memberikan nilai numerik tetapi tidak dapat melakukan operasi matematik. 
  • Sebagai contohnya bagaimana penilaian anda terhadap sesebuah restoran? Sama ada sangat baik; baik; cukup; kurang. Atau contoh lain, pengundi-pengundi diklasifikasikan sebagai – low income; middle income; high income. Frekuensi penerbangan – tidak pernah; jarang-jarang; kadang-kadang; selalu.

3. DATA INTERVAL

  • Manakala data interval atau sela sama juga seperti data ordinal (data yang boleh disusun). 
  • Namun perbezaan kedua-duanya ialah mengenai data bermakna dan boleh diukur. Contohnya senarai suhu-suhu didi bagi cecair yang berbeza; kita boleh tahu sama ada suhu didih cecair A > (lebih tinggi) daripada suhu didih cecair B. A=212 darjah; B=284 darjah. Oleh itu B > daripada A. 
  • Nilai sifar (0) bersifat arbitrari (tidak menggambarkan kosong secara mutlak).

4. DATA RATIO (NISBAH)

  • Data ratio (nisbah) sama seperti data interval tetapi nisbah memberi makna yang mana data ratio mempunyai nilai kosong secara mutlak. 
  • Sebagai contohnya nilai kosong dapat digambarkan sebagai tidak ada kuantiti seperti jika seseorang tidak bekerja maka gajinya RM0.00.
  • Antara contoh lain untuk lebih kita faham mengenai data ratio; 4 orang dipilih secara rawak ditanya tentang duit yang mereka bawa – hasilnya RM21, RM50, RM65, RM300 – boleh disusun mengikut urutan (RM21> RM50> RM65> RM300). Bolehkah kita mengira nisbah? Ya, boleh. Sebab RM0 merupakan nilai yang paling minimum. Ini bermakna individu yang mempunyai RM300 – mempunyai 6 kali ganda daripada individu yang mempunyai RM50. 
  • Contoh lain yang sering menggunakan data ratio ialah umur, skor ujian dan juga jumlah jam belajar sesuatu ujian.

Apa yang penting untuk kita mengenal pasti setiap data tersebut?
 Terdapat dua sebab;

i. jenis skala tersebut memberikan kita maklumat data yang berbeza. Justeru, amat penting bagi penyelidik untuk memilih jenis data yang dapat memberikan maklumat yang lebih banyak agar persoalan penyelidikan dapat dijawab dengan baik.

ii. melalui jenis skala pengukuran, kita dapat mengenal pasti jenis analisis data yang dapat digunakan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Justeru, jenis skala pengukuran amat berkait rapat dengan pembentukan instrumen soal selidik kajian; jenis skala apa yang kita nak guna bagi menjawab persoalan kajian. Oleh itu terdapat prosedur statistik yang tidak sesuai untuk digunakan jika jenis skala yang digunakan tidak tepat.

Sumber : http://rosma212.wordpress.com/2011/09/09/skala-pengukuran-scale-of-measurement/

No comments:

Post a Comment