Tuesday 18 December 2012

BAB 2 : PERNYATAAN MASALAH PENYELIDIKAN

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.

Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk – Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.

Pertama: 
Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum. 

Kedua : 
Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan.

Ketiga : 
Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.

Keempat : 
Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah ‘sesuatu’ yang boleh menghasilkan ‘kejayaan’ selepas kajian dilaksanakan.

Kelima : 
Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari perspektif penyelidik. 

(Sumber :http://researchipbmm2008.blogspot.com/2011/02/pernyataan-masalah-kajian-dalam.html)

 *****************************************************************************************************************

CADANGAN PENYELIDIKAN

 Seseorang penyelidik perlu menyediakan cadangan penyelidikan terlebih dahulu sebelum projek penyelidikan dilaksanakan. Cadangan boleh disediakan secara ringkas atau terperinci mengikut keadaan tertentu. Sekiranya penyelidikan yang akan dijalankan adalah persendirian, cadangan penyelidikan bolehlah disediakan secara ringkas sahaja, sebaliknya jika penyelidikan itu memerlukan peruntukan luar, bantuan kewangan, material dan tenaga - cadangan penyelidikan perlulah disediakan dengan terperinci.
 Tujuan cadangan penyelidikan disediakan adalah untuk dinilai oleh pihak penganjur bagi tujuan pembiayaan dan kelulusan. Cadangan penyelidikan juga perlu dibentangkan sebagai kertas kerja dalam seminar untuk diteliti dari pelbagai aspek terutamanya dari segi metodologi.

 Sesuatu cadangan penyelidikan yang terperinci perlulah mempunyai perkara berikut :

1. Tajuk Penyelidikan
 Menerangkan secara ringkas dan tepat tentang masalah dan skop kajian. Sebaik-baiknya hadkan perkataan tidak melebihi sepuluh perkataan sahaja. Elakkan penggunaan rangkai kata seperti ‘Suatu kajian...’ atau ‘ Suatu analisis...’

2. Kenyataan Masalah
 Tujuan penyelidikan adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari jawapan kepada sesuatu persoalan. Dalam kenyataan masalah, perlu dinyatakan sedikit latarbelakang perkara yang hendak diselidiki seperti sejarah, yang berhubung dengan masalah itu. Juga dinyatakan mustahaknya masalah yang dikaji dan implikasinya jika dibiarkan begitu sahaja. 

Tujuan kenyataan masalah juga adalah untuk cuba mengorientasikan pemikiran atau menarik perhatian pembaca kepada masalah yang mahu diselesaikan dalam penyelidikan kita. Ia juga bertujuan untuk menguatkan kepentingan masalah yang dikaji. Oleh itu kenyataan masalah bertujuan untuk meyakinkan penyelia atau penaja yang akan membiayai penyelidikan. 

Dalam kenyataan masalah juga kita perlu menekankan tajuk penyelidikan yang telah dipilih itu benar-benar berguna kepada pihak-pihak tertentu. Jika cadangan penyelidikan itu ditujukan kepada penaja, kenyataan masalah tidak perlu terlalu panjang, cukup satu paragraf sahaja. Tetapi jika untuk tujuan ilmiah, maka kenyataan masalah perlu ditulis dengan panjang lebar, merangkumi banyak aspek dan mengandungi data perangkaan serta maklumat-maklumat yang berdokumentasi. 

Cara penulisan juga perlulah secara ilmiah. Faedah kenyataan masalah ialah membantu kita menyediakan objektif penyelidikan dan keseluruhan kenyataan masalah tadi dapat dijadikan sebahagian dari laporan penyelidikian kelak iaitu dalam Bab1 di bawah pendahuluan atau pengenalan.
 Elakkan daripada membesar-besarkan kepentingan masalah tersebut secara berlebihan. 

3. Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan meliputi aspek-aspek yang hendak dicapai atau dilaksanakan dalam sesuatu penyelidikan. 
Biasanya disebut objektif umum (matlamat) dahulu sebelum dituliskan objektif khusus. Objektif khusus adalah bersifat lebih terperinci, tegas dan berkaitan rapat dengan objektif umum. 
Objektif penyelidikan perlulah;
  • Menggariskan sempadan atau skop sesuatu penyelidikan
  • Mencadangkan atau menjelaskan cara-cara melaksanakan penyelidikan.
  • Membayangkan keadaan atau sifat daripada hasil akhir sesuatu penyelidikan kepada pembaca.
  • Memperkenalkan siapakah yang menjadi pembaca/pelanggan kepada penyelidikan itu.
4. Hipotesis/soalan kajian
Hipotesis adalah ramalan atau andaian yang berdasarkan kepada logik. Soalan kajian adalah alternatif kepada hipotesis sekiranya hipotesis tidak dapat dibentuk dari tajuk penyelidikan.

5. Kesignifikanan kajian
Menghubungkan kepentingan penyelidikan dengan kehidupan seharian.

6. Ulasan Bahan rujukan.
Penyelidik perlu membuat penyelidikan perpustakaan (literature research) untuk menentukan samada penyelidik lain pernah membuat kajian yang sama, atau yang ada hubungan dengan tajuk yang telah dipilih. Ini dapat mengelakkan pertindihan tajuk/bidang/skop penyelidikan berlaku. 

Semasa menulis cadangan penyelidikan, ulasan bahan rujukan, penyelidik tidaklah perlu menulis dengan panjang lebar, cukup sekadar ringkasan mengenai kedudukan ilmu pengetahuan masa kini mengenai tajuk yang telah dipilih, merangkumi teori mengenai perkara yang sama, baik di kawasan itu atau kawasan lain di Malaysia dan luar negeri. Keutamaan harus diberikan kepada karya-karya tempatan atas tajuk yang sama atau hampir sama. Jika tidak ada, tinjaulah karya-karya luar negeri.

7. Metodologi atau Kaedah
Metodologi penyelidikan ialah bagaimana tiap-tiap satu objektif penyelidikian itu hendak dicapai. Metodologi penyelidikan perlulah menyatakan;
  • Jenis maklumat (data) yang akan dikumpulkan.
  • Bagaimana data tadi akan dikumpulkan, samaa daripada sumber utama atau sekunder.
  • Kawasan geografi yang hendak dikaji dan alasan mengapa lokasi itu dipilih.
  • Bagaimana data yang dikumpul itu dianalisis supaya setiap satu maklumat penyelidikan dapat dilaksanakan sepenuhnya.
  • Jenis rekabentuk persampelan.

8. Anggaran Belanjawan dan Jadual KerjaIalah butiran tentang perbelanjaan yang dijangka akan ditanggung oleh penaja atau penyelidik bagi menjalankan kajian. Jadual kerja yang terperinci diperlukan supaya penaja atau penyelia dapat mengikuti perkembangan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh penyelidik. Perlu dinyatakan tarikh sesuatu kerja yang akan dilaksanakan seperti merangka soalselidik, menemu ramah, menghantar soalselidik dan mengumpulkannya, pengolahan data dan menulis laporan.

 (Sumber :http://shaffe.tripod.com/rpropos1.htm)

***************************************************************************************************************************************

 

PEMBOLEHUBAH

DEFINISI PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai “something that may vary or differ” (Brown, 1998:7). Terdapat penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam iaitu mengatakan bahawa pembolehubah adalah “is simply symbol or a concept that can assume any one of a set of values” (Davis, 1998:23).

Definisi yang pertama menyatakan bahawa pembolehubah adalah sesuatu yang berbeza atau bervariasi. Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai atau angka-angka. Definisi yang abstrak tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan contoh berikut:

a. Hubungan di antara kecerdasan dan prestasi pelajar.

b. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal.

c. Hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah penjualan.

Contoh-contoh pembolehubah ialah: kecerdasan, prestasi pelajar, warna, minat membeli, promosi, jumlah penjualan dan sebagainya.

Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati bahawa pembolehubah adalah suatu simbol yang diberikan angka atau nilai yang berkaitan dengan hipotesis. Dalam erti kata lain, pembolehubah mempunyai sifat yang boleh berubah. Sebagai contoh, jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu lelaki dan perempuan. Bangsa pula boleh mempunyai lebih banyak nilai seperti Melayu, Cina, India, Serani dan sebagainya. Kepuasan juga boleh dioperasikan supaya ianya mempunyai nilai seperti sangat tidak puas, puas, dan sangat puas. Jika sesuatu itu mempunyai dua nilai sahaja seperti lelaki-perempuan, jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut sebagai pembolehubah dikotomi.

Pembolehubah ialah sesuatu yang boleh mengambil nilai yang berbagai. Nilai tersebut boleh berubah-ubah untuk objek atau untuk seseorang individu.

Contoh pembolehubah:

Markat Ujian: markat ujian berubah-ubah mengikut ujian1,2,3 untuk subjek yang sama. Markat ujian juga berubah-ubah mengikut pelajar yang berlainan.

Ketidakhadiran: Ketidakhadiran juga berubah-ubah mengikut hari; di mana hari ini mungkin 5 orang tidak hadir kelas, esok 3 orang dan mungkin ada hari yang semua orang hadir.

Motivasi: Motivasi seseorang mungkin boleh diukur daripada sangat tidak bermotivasi hingga ke sangat bermotivasi.

E) JENIS-JENIS PEMBOLEHUBAH

Apabila dalam penyiasatan awal penyelidik menjangkakan kewujudan beberapa pembolehubah, maka penyelidik akan cuba mempastikan kewujudan pembolehubah tersebut. Penyelidik juga akan cuba mengenalpasti perhubungan-perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Bagi mengenalpasti dengan lebih mendalam lagi berdasarkan maklumat yang diperolehi, maka penyelidik akan cuba membentuk sebuah model. Pada peringkan pembentukan model tersebut, penyelidik akan cuba mengkategorikan beberapa pembolehubah. Di antara pembolehubah-pembolehubah yang mungkin wujud adalah:

1. Pembolehubah bersandar (dependent variable)

2. Pembolehubah bebas / tidak bersandar (independent variable)

3. Pembolehubah penyerdahana (moderating variable)

4. Pembolehubah pengacau / mencelah (interverning variable)

Pembolehubah bersandar:

Pembolehubah bersandar adalah pembolehubah yang memberikan tindakbalas atau respon jika dihubungkan dengan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah adalah pembolehubah yang faktornya diperhati dan diukur untuk menentukan pengaruh yang disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar juga dikenali sebagai pembolehubah kriterion. Sebagai contoh, pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal, maka pembolehubah bersandarnya adalah “minat membeli”. “Bagaimana berpengaruhnya warna merah terhadap minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut”.

Bagi meyakinkan pengaruh pembolehubah bebas iaitu warna merah terhadap minat membeli maka warna merah dapat diganti dengan warna biru. Jika pengaruhnya berbeza maka manipulasi terhadap pembolehubah bebas membuktikan adanya hubungan antara pembolehubah bebas warna dan minat membeli pengguna. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah bersandar ialah pembolehubah bilamana kesan olahan dicerap. Perlakuan atau perubahan pembolehubah bersandar bergantung kepada perlakuan atau perubahan pembolehubah-pembolehubah lain.

Contohnya, hasil jualan, peningkatan keuntungan, produktiviti, sikap pekerja, komitmen, kesetiaan dan motivasi serta kepuasan kerja.

Text Box: Soalan latihan (i) Seorang penyelidik ingin meningkatkan komitmen para pekerja dalam sebuah organisasi. Apakah pembolehubah bersandar bagi kes di atas? (ii) Seorang pengurus pemasaran bimbang tentang strategi pengiklanan syarikat XYZ yang tidak menjadi. Apakah pembolehubah bersandar bagi kes di atas?

Pembolehubah tidak bersandar (bebas):

Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah stimulus atau pembolehubah yang mempengaruhi pembolehubah lain. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau dipilih oleh penyelidik untuk menentukan hubungannya dengan sesuatu gejala yang diperhatikan.

Berdasarkan contoh di atas, “warna” adalah pembolehubah bebas yang dapat dimanipulasi dan dilihat pengaruhnya terhadap “minat beli”, misalnya apakah warna merah sebuah motosikal dapat menimbulkan minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut. Ia adalah pembolehubah yang mempengaruhi pembolehubah bersandar sama ada secara positif atau negatif. Contoh lain: jenis promosi dapat mempengaruhi jumlah jualan. Dalam kes ini, jenis promosi ialah pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar.

Contoh 1: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Warna motosikal) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah pembelian)

Contoh 2: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Promosi) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah jualan)

Hubungan di antara Pembolehubah Tidak Bersandar dan Pembolehubah Bersandar

Pada umumnya penyelidik akan melakukan penyelidikan dengan menggunakan lebih dari satu pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Kemudian, pembolehubah tersebut akan dicari perhubungannya.

Contoh 1

· Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara “gaya kepemimpinan” dengan “motivasi” pekerja

· Pembolehubah bebas: gaya kepemimpinan

· Pembolehubah bersandar: minat membeli

Gaya kepemimpinan mempunyai hubungan dengan motivasi pekerja, misalnya gaya kepemimpinan yang autokratik akan memberi kesan kepada terhadap motivasi pekerja secara berbeza dengan gaya kepemimipinan yang bersifat demokratik.

Contoh 2

· Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah jualan.

· Pembolehubah bebas: Jenis promosi

· Pembolehubah bersandar: Jumlah jualan

Promosi mempunyai hubungan dengan ada dan tidaknya peningkatan jumlah jualan di organisasi tertentu.

Pembolehubah Penyederhana (Moderating Variable):

Pembolehubah penyederhana adalah pembolehubah bebas kedua yang sengaja dipilih oleh penyelidik untuk menentukan apakah kehadirannya berpengaruh terhadap hubungan antara pembolehubah bebas pertama dan pembolehubah bersandar. pembolehubah penyederhana merupakan pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau dipilih oleh penyelidik untuk mengetahui apakah pembolehubah tersebut mengubah hubungan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar.

Pada kes terdapat hubungan di antara warna motosikal dengan minat membeli, penyelidik memilih pembolehubah penyederhananya ialah “harga”. Dengan dimasukannya pembolehubah penyederhana harga, penyelidik ingin mengetahui apakah terdapat hubungan kedua pembolehubah tersebut berubah. Jika berubah maka kehadiran pembolehubah penyederhana adalah berpengaruh. Jika tidak berubah maka pembolehubah penyederhana tidak mempengaruhi hubungan kedua pembolehubah yang dikaji.

Contoh lain:

· Hipotesis: Tunjuk ajar ibu bapa mempengaruhi hubungan di antara jumlah buku dengan kebolehan membaca.

· Pembolehubah bebas: Jumlah buku

· Pembolehubah bersandar: Kebolehan membaca ibubapa.

· Pembolehubah penyederhana: Celik ibu bapa

Text Box: Contoh 3: Diagram menunjukkan kerangka teori tentang perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Kebolehan Membaca) dengan pembolehubah bersandar (Jumlah buku) dipengaruhi juga oleh pembolehubah penyerdahana (Celik huruf Ibubapa).

Kadangkala dipanggil pembolehubah ini di panggil sebagai pembolehubah penengah. Ia mempengaruhi jangkaan penyelidik tentang hubungan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah ini akan mendatangkan kekeliruan kepada penyelidik perniagaan yang sedang mengkaji hubungan sebab musabab. Kekeliruan ini sudah pasti akan menyebabkan penyelidik tersebut membuat kesimpulan yang salah.

Text Box: Kepelbagaian kemahiranText Box: Keberkesanan OrganisasiText Box: Kesan peningkatan keberkesan dengan adanya gaya pengurusan yang sesuaiText Box: Kesan peningkatan keberkesan tanpa gaya pengurusan yang sesuaiText Box: Rajah menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak bersandar ke atas pembolehubah bersandar bila terdapat pengaruh pembolehubah penyerdahana.

Sebagai contoh, penyelidik mungkin akan menjangkakan bahawa kepelbagaian kemahiran dalam sesuatu kumpulan dalam organisasi akan meningkatkan keberkesanan organisasi tersebut. Bagaimanapun sebenarnya akan terdapat pembolehubah penyederhana yang akan mempengaruhi hubungan tersebut. Pembolehubah penyederhana tersebut ialah gaya kepimpinan ketua dalam sesuatu kumpulan. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah penyederhana hadir bersama-sama dengan pembolehubah bebas pada masa yang sama.

Pembolehubah campurtangan/pengacau (intervening)

Pembolehubah bebas, bersandar, kawalan dan penyederhana merupakan pembolehubah-pembolehubah konkrit. Ketiga pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas, kawalan dan penyederhana tersebut dapat dimanipulasi oleh penyelidik dan pengaruh ketiga-tiga pembolehubah tersebut dapat dilihat atau diperhatikan. Lain halnya dengan pembolehubah pengacau yang mana pembolehubah tersebut bersifat hipotetikal. Ini bermaksud secara konkritnya, pengaruhnya tidak kelihatan, tetapi secara teoritis dapat mempengaruhi hubungan antara pembolehubah bebas dan bersandar yang sedang dikaji. Oleh kerana itu, pembolehubah pengacau didefinisikan sebagai pembolehubah yang secara teoritis mempengaruhi hubungan pembolehubah yang sedang diteliti tetapi tidak dapat dilihat, diukur, dan dimanipulasi. Pengaruhnya harus disimpulkan dari pengaruh-pengaruh pembolehubah bebas dan pembolehubah penyederhana terhadap gejala yang sedang dikaji.

Contoh:

· Hipotesis: Jika minat terhadap tugas meningkat, maka motivasi mengerjakan tugas tersebut akan semakin meningkat

· Pembolehubah bebas: minat terhadap tugasan

· pembolehubah bersandar: motivasi dalam mengerjakan tugas

· Pembolehubah pengacau: proses belajar

Keterangan kes di atas dapat diterangkan sebagai berikut. Jika pelajar tertarik terhadap tugasan yang diberikan oleh pensyarah, maka hasilnya akan baik. Besar atau kecilnya motivasi dipengaruhi oleh minat. Namun demikian, hasil akhir tugasan tersebut dipengaruhi oleh faktor pelajar itu sendiri sama ada belajar atau tidak terlebih dahulu sebelum melakukan tugasan tersebut. Dengan minat yang tinggi dan persiapan belajar yang baik, maka motivasinya akan semakin tinggi.

Contoh 2:

· Hipotesis: Layanan yang baik mempengaruhi kepuasan pelanggan

· Pembolehubah bebas: layanan yang baik

· Pembolehubah bersandar: kepuasan pelanggan

· Pembolehubah pengganggu: kualiti produk

Pada umumnya layanan yang baik akan memberikan kepuasan yang tinggi terhadap pelanggan. Namun demikian kualiti produk akan mempengaruhi hubungan pembolehubah layanan dengan pembolehubah kepuasan. Layanan yang baik belum tentu memberikan kepuasan kepada pelanggan jika kualiti produknya rendah. Misalnya pemilik sebuah kedai kasut memberikan layanan yang baik kepada pelanggannnya. Ketika seorang pembeli mengetahui bahawa kasut yang dijual rosak pada bahagian tertentu maka tingkat kepuasannya akan turun.

Sebagai contoh yang lain kita dapati pendapatan atau gaji yang lumayan dipengaruhi oleh kemahiran Seperti di dalam kes di atas di mana pembolehubah tidak bersandar iaitu kepelbagaian kemahiran akan mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu keberkesanan organisasi, pembolehubah campurtangannya ialah pembolehubah yang timbul daripada kepelbagaian kemahiran yang dipanggil sinergi kreatif. Sinergi kreatif timbul daripada kepelbagaian etnik, budaya dan adat resam. Di mana kepelbagaian kaum akan menyumbang kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu dalam menyelesaikan masalah pengurusan organisasi. Oleh itu, pembolehubah campurtangan akan timbul dalam masa yang berlainan. Apabila ada kepelbagaian dalam sumber tenaga kerja maka kemudian baru timbul kepelbagaian dalam kemahiran dan akhirnya akan menyumbang kepada keberkesanan organisasi.

Contoh 3: Diagram menunjukkan motivasi untuk bekerja adalah pembolehubah pengacau (intervening variable). Prestasi pekerja akan meningkat apabila diberikan kerja yang mencabar, tetapi kerja itu sendiri memberikan motivasi untuk bekerja kuat.

Hubungan Antara Pembolehubah Tidak Bersandar, Pembolehubah Pengacau, Pembolehubah Penyederhana Dan Pembolehubah Bersandar.

Contoh Kes

Contoh di atas menunjukkan perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah bebas (umur, peluang kenaikan pangkat, kepuasa kerja, jangkamasa bekerja dan jantina) terhadap pembolehubah bersandar (Komitmen terhadap organisasi)

Contoh 2: Diagram Kerangka Teori

Sebuah kerangka kerja teoritikal dengan kehadiran pembolehubah pengacau dan pembolehubah penyederhana dalam sebuah rajah skematik.

Penerangan

Pembolehubah tidak bersandar adalah meningkatkan keaadaan kerja yang selesa, gaji yang lumayan dan peluang bercuti akan mempengaruhi penghargaan diri seseorang pekerja (self-esteem). Apabila ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar ini adalah tinggi di dalam keaadaan kerja, maka penghargaan diri juga akan tinggi. Walau bagaimanapun peningkatan gaji bukanlah semata-mata boleh meningkatkan penghargaan diri seseorang pekerja. Ini kerana pendapatan yang lumayan adalah dipengaruhi oleh pekerja yang berpengalaman yang mana mereka dapat mencari pendapatan sampingan. Pendapatan sampingan ini akan menyebabkan pekerja itu gembira (intervening variable) maka akan menyebabkan penghargaan diri (morale) meningkat.
 
 
 (Sumber :http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/03/pembolehubah.html)

2 comments:

  1. sangat membantu dalam menyiapkan tesis. Jazakallah

    ReplyDelete
  2. sangat membantu dalam menyiapkan tesis. Jazakallah

    ReplyDelete