- Buat aruhan dari cerapan atas kumpulan kecil dan berasaskan cerapan itu, buat tafsiran dan gunakannya sebagai generalisasi atau kenyataan umum. Misalnya, dari cerapan didapati markah BI pelajar di sebuah sekolah berbeza-beza, maka dihipotesiskan bahawa terdapat hubungan antara taraf sosio-ekonomi penjaga dengan pencapaian BI.
- Sesuai untuk ahli sains sosial dan pendidikan yang sering cerap tingkah laku sosial.
- Contoh: daripada kajian literatur tentang teori pendidikan didapati pembelajaran berpusatkan pelajar lebih berkesan dalam menggarap kemahiran berfikir berbanding dengan pembelajaran berpusatkan guru.
- Ianya akan menjuruskan penyelidikan ke arah sistem pengetahuan yang lebih umum.
- Pengesahan hanya boleh dilakukan setelah kajian dibuat ke atas data empirik. Jika data sokong hipotesis, dapatan boleh digabungkan dengan teori, oleh itu hipotesis lebih berfungsi sebagai pelengkap teori.
No comments:
Post a Comment