Pernyataan
masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan
masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan.
Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian
berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan
isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh
menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.
Pernyataan
masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian
dokumen dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah
dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan
masalah untuk tajuk – Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan
Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.
Pertama:
Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek
penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.
Kedua
:
Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas
yang mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai
kepentingan dan kelebihan kepada
pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik
perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar
negara yang berkaitan.
Ketiga
:
Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan
isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan
yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang
dijalankan.
Keempat
:
Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan
senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di
sini lah kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang
diperoleh dari penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah ‘sesuatu’ yang
boleh menghasilkan ‘kejayaan’ selepas kajian dilaksanakan.
Kelima
:
Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang
disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat
penting dijalankan dari perspektif penyelidik.
(Sumber :http://researchipbmm2008.blogspot.com/2011/02/pernyataan-masalah-kajian-dalam.html)
*****************************************************************************************************************
CADANGAN PENYELIDIKAN
Tujuan cadangan penyelidikan disediakan adalah untuk dinilai oleh pihak penganjur bagi tujuan pembiayaan dan kelulusan. Cadangan penyelidikan juga perlu dibentangkan sebagai kertas kerja dalam seminar untuk diteliti dari pelbagai aspek terutamanya dari segi metodologi.
Sesuatu cadangan penyelidikan yang terperinci perlulah mempunyai perkara berikut :
1. Tajuk Penyelidikan
Menerangkan secara ringkas dan tepat tentang masalah dan skop kajian. Sebaik-baiknya hadkan perkataan tidak melebihi sepuluh perkataan sahaja. Elakkan penggunaan rangkai kata seperti ‘Suatu kajian...’ atau ‘ Suatu analisis...’
2. Kenyataan Masalah
Tujuan penyelidikan adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari jawapan kepada sesuatu persoalan. Dalam kenyataan masalah, perlu dinyatakan sedikit latarbelakang perkara yang hendak diselidiki seperti sejarah, yang berhubung dengan masalah itu. Juga dinyatakan mustahaknya masalah yang dikaji dan implikasinya jika dibiarkan begitu sahaja.
Tujuan kenyataan masalah juga adalah untuk cuba mengorientasikan pemikiran atau menarik perhatian pembaca kepada masalah yang mahu diselesaikan dalam penyelidikan kita. Ia juga bertujuan untuk menguatkan kepentingan masalah yang dikaji. Oleh itu kenyataan masalah bertujuan untuk meyakinkan penyelia atau penaja yang akan membiayai penyelidikan.
Dalam kenyataan masalah juga kita perlu menekankan tajuk penyelidikan yang telah dipilih itu benar-benar berguna kepada pihak-pihak tertentu. Jika cadangan penyelidikan itu ditujukan kepada penaja, kenyataan masalah tidak perlu terlalu panjang, cukup satu paragraf sahaja. Tetapi jika untuk tujuan ilmiah, maka kenyataan masalah perlu ditulis dengan panjang lebar, merangkumi banyak aspek dan mengandungi data perangkaan serta maklumat-maklumat yang berdokumentasi.
Cara penulisan juga perlulah secara ilmiah. Faedah kenyataan masalah ialah membantu kita menyediakan objektif penyelidikan dan keseluruhan kenyataan masalah tadi dapat dijadikan sebahagian dari laporan penyelidikian kelak iaitu dalam Bab1 di bawah pendahuluan atau pengenalan.
Elakkan daripada membesar-besarkan kepentingan masalah tersebut secara berlebihan.
3. Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan meliputi aspek-aspek yang hendak dicapai atau dilaksanakan dalam sesuatu penyelidikan.
Biasanya disebut objektif umum (matlamat) dahulu sebelum dituliskan objektif khusus. Objektif khusus adalah bersifat lebih terperinci, tegas dan berkaitan rapat dengan objektif umum.
Objektif penyelidikan perlulah;
- Menggariskan sempadan atau skop sesuatu penyelidikan
- Mencadangkan atau menjelaskan cara-cara melaksanakan penyelidikan.
- Membayangkan keadaan atau sifat daripada hasil akhir sesuatu penyelidikan kepada pembaca.
- Memperkenalkan siapakah yang menjadi pembaca/pelanggan kepada penyelidikan itu.
Hipotesis adalah ramalan atau andaian yang berdasarkan kepada logik. Soalan kajian adalah alternatif kepada hipotesis sekiranya hipotesis tidak dapat dibentuk dari tajuk penyelidikan.
5. Kesignifikanan kajian
Menghubungkan kepentingan penyelidikan dengan kehidupan seharian.
6. Ulasan Bahan rujukan.
Penyelidik perlu membuat penyelidikan perpustakaan (literature research) untuk menentukan samada penyelidik lain pernah membuat kajian yang sama, atau yang ada hubungan dengan tajuk yang telah dipilih. Ini dapat mengelakkan pertindihan tajuk/bidang/skop penyelidikan berlaku.
Semasa menulis cadangan penyelidikan, ulasan bahan rujukan, penyelidik tidaklah perlu menulis dengan panjang lebar, cukup sekadar ringkasan mengenai kedudukan ilmu pengetahuan masa kini mengenai tajuk yang telah dipilih, merangkumi teori mengenai perkara yang sama, baik di kawasan itu atau kawasan lain di Malaysia dan luar negeri. Keutamaan harus diberikan kepada karya-karya tempatan atas tajuk yang sama atau hampir sama. Jika tidak ada, tinjaulah karya-karya luar negeri.
7. Metodologi atau Kaedah
Metodologi penyelidikan ialah bagaimana tiap-tiap satu objektif penyelidikian itu hendak dicapai. Metodologi penyelidikan perlulah menyatakan;
- Jenis maklumat (data) yang akan dikumpulkan.
- Bagaimana data tadi akan dikumpulkan, samaa daripada sumber utama atau sekunder.
- Kawasan geografi yang hendak dikaji dan alasan mengapa lokasi itu dipilih.
- Bagaimana data yang dikumpul itu dianalisis supaya setiap satu maklumat penyelidikan dapat dilaksanakan sepenuhnya.
- Jenis rekabentuk persampelan.
(Sumber :http://shaffe.tripod.com/rpropos1.htm)
***************************************************************************************************************************************
PEMBOLEHUBAH
DEFINISI PEMBOLEHUBAH
Pembolehubah
boleh didefinisikan sebagai “something that may vary or differ” (Brown,
1998:7). Terdapat penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam
iaitu mengatakan bahawa pembolehubah adalah “is simply symbol or a
concept that can assume any one of a set of values” (Davis, 1998:23).
Definisi
yang pertama menyatakan bahawa pembolehubah adalah sesuatu yang berbeza
atau bervariasi. Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu
simbol atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai atau angka-angka.
Definisi yang abstrak tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan
contoh berikut:
a. Hubungan di antara kecerdasan dan prestasi pelajar.
b. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal.
c. Hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah penjualan.
Contoh-contoh pembolehubah ialah: kecerdasan, prestasi pelajar, warna, minat membeli, promosi, jumlah penjualan dan sebagainya.
Berdasarkan
kepada definisi di atas, didapati bahawa pembolehubah adalah suatu
simbol yang diberikan angka atau nilai yang berkaitan dengan hipotesis.
Dalam erti kata lain, pembolehubah mempunyai sifat yang boleh berubah.
Sebagai contoh, jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu lelaki dan
perempuan. Bangsa pula boleh mempunyai lebih banyak nilai seperti
Melayu, Cina, India, Serani dan sebagainya. Kepuasan juga boleh
dioperasikan supaya ianya mempunyai nilai seperti sangat tidak puas,
puas, dan sangat puas. Jika sesuatu itu mempunyai dua nilai sahaja
seperti lelaki-perempuan, jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut
sebagai pembolehubah dikotomi.
Pembolehubah
ialah sesuatu yang boleh mengambil nilai yang berbagai. Nilai tersebut
boleh berubah-ubah untuk objek atau untuk seseorang individu.
Contoh pembolehubah:
Markat
Ujian: markat ujian berubah-ubah mengikut ujian1,2,3 untuk subjek yang
sama. Markat ujian juga berubah-ubah mengikut pelajar yang berlainan.
Ketidakhadiran:
Ketidakhadiran juga berubah-ubah mengikut hari; di mana hari ini
mungkin 5 orang tidak hadir kelas, esok 3 orang dan mungkin ada hari
yang semua orang hadir.
Motivasi: Motivasi seseorang mungkin boleh diukur daripada sangat tidak bermotivasi hingga ke sangat bermotivasi.
E) JENIS-JENIS PEMBOLEHUBAH
Apabila
dalam penyiasatan awal penyelidik menjangkakan kewujudan beberapa
pembolehubah, maka penyelidik akan cuba mempastikan kewujudan
pembolehubah tersebut. Penyelidik juga akan cuba mengenalpasti
perhubungan-perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Bagi
mengenalpasti dengan lebih mendalam lagi berdasarkan maklumat yang
diperolehi, maka penyelidik akan cuba membentuk sebuah model. Pada
peringkan pembentukan model tersebut, penyelidik akan cuba
mengkategorikan beberapa pembolehubah. Di antara
pembolehubah-pembolehubah yang mungkin wujud adalah:
1. Pembolehubah bersandar (dependent variable)
2. Pembolehubah bebas / tidak bersandar (independent variable)
3. Pembolehubah penyerdahana (moderating variable)
4. Pembolehubah pengacau / mencelah (interverning variable)
Pembolehubah bersandar:
Pembolehubah
bersandar adalah pembolehubah yang memberikan tindakbalas atau respon
jika dihubungkan dengan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah
bersandar adalah adalah pembolehubah yang faktornya diperhati dan diukur
untuk menentukan pengaruh yang disebabkan oleh pembolehubah tidak
bersandar. Pembolehubah bersandar juga dikenali sebagai pembolehubah
kriterion. Sebagai contoh, pengaruh warna terhadap minat membeli
motosikal, maka pembolehubah bersandarnya adalah “minat membeli”.
“Bagaimana berpengaruhnya warna merah terhadap minat membeli pengguna
terhadap motosikal tersebut”.
Bagi
meyakinkan pengaruh pembolehubah bebas iaitu warna merah terhadap minat
membeli maka warna merah dapat diganti dengan warna biru. Jika
pengaruhnya berbeza maka manipulasi terhadap pembolehubah bebas
membuktikan adanya hubungan antara pembolehubah bebas warna dan minat
membeli pengguna. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah bersandar ialah
pembolehubah bilamana kesan olahan dicerap. Perlakuan atau perubahan
pembolehubah bersandar bergantung kepada perlakuan atau perubahan
pembolehubah-pembolehubah lain.
Contohnya,
hasil jualan, peningkatan keuntungan, produktiviti, sikap pekerja,
komitmen, kesetiaan dan motivasi serta kepuasan kerja.
Text
Box: Soalan latihan (i) Seorang penyelidik ingin meningkatkan komitmen
para pekerja dalam sebuah organisasi. Apakah pembolehubah bersandar bagi
kes di atas? (ii) Seorang pengurus pemasaran bimbang tentang strategi
pengiklanan syarikat XYZ yang tidak menjadi. Apakah pembolehubah
bersandar bagi kes di atas?
Pembolehubah tidak bersandar (bebas):
Pembolehubah
bebas merupakan pembolehubah stimulus atau pembolehubah yang
mempengaruhi pembolehubah lain. Pembolehubah bebas merupakan
pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau dipilih oleh
penyelidik untuk menentukan hubungannya dengan sesuatu gejala yang
diperhatikan.
Berdasarkan
contoh di atas, “warna” adalah pembolehubah bebas yang dapat
dimanipulasi dan dilihat pengaruhnya terhadap “minat beli”, misalnya
apakah warna merah sebuah motosikal dapat menimbulkan minat membeli
pengguna terhadap motosikal tersebut. Ia adalah pembolehubah yang
mempengaruhi pembolehubah bersandar sama ada secara positif atau
negatif. Contoh lain: jenis promosi dapat mempengaruhi jumlah jualan.
Dalam kes ini, jenis promosi ialah pembolehubah-pembolehubah tidak
bersandar.
Contoh
1: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak
bersandar (Warna motosikal) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah
pembelian)
Contoh
2: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak
bersandar (Promosi) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah jualan)
Hubungan di antara Pembolehubah Tidak Bersandar dan Pembolehubah Bersandar
Pada
umumnya penyelidik akan melakukan penyelidikan dengan menggunakan lebih
dari satu pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah
bersandar. Kemudian, pembolehubah tersebut akan dicari perhubungannya.
Contoh 1
· Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara “gaya kepemimpinan” dengan “motivasi” pekerja
· Pembolehubah bebas: gaya kepemimpinan
· Pembolehubah bersandar: minat membeli
Gaya
kepemimpinan mempunyai hubungan dengan motivasi pekerja, misalnya gaya
kepemimpinan yang autokratik akan memberi kesan kepada terhadap motivasi
pekerja secara berbeza dengan gaya kepemimipinan yang bersifat
demokratik.
Contoh 2
· Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah jualan.
· Pembolehubah bebas: Jenis promosi
· Pembolehubah bersandar: Jumlah jualan
Promosi mempunyai hubungan dengan ada dan tidaknya peningkatan jumlah jualan di organisasi tertentu.
Pembolehubah Penyederhana (Moderating Variable):
Pembolehubah
penyederhana adalah pembolehubah bebas kedua yang sengaja dipilih oleh
penyelidik untuk menentukan apakah kehadirannya berpengaruh terhadap
hubungan antara pembolehubah bebas pertama dan pembolehubah bersandar.
pembolehubah penyederhana merupakan pembolehubah yang faktornya diukur,
dimanipulasi, atau dipilih oleh penyelidik untuk mengetahui apakah
pembolehubah tersebut mengubah hubungan antara pembolehubah bebas dan
pembolehubah bersandar.
Pada
kes terdapat hubungan di antara warna motosikal dengan minat membeli,
penyelidik memilih pembolehubah penyederhananya ialah “harga”. Dengan
dimasukannya pembolehubah penyederhana harga, penyelidik ingin
mengetahui apakah terdapat hubungan kedua pembolehubah tersebut berubah.
Jika berubah maka kehadiran pembolehubah penyederhana adalah
berpengaruh. Jika tidak berubah maka pembolehubah penyederhana tidak
mempengaruhi hubungan kedua pembolehubah yang dikaji.
Contoh lain:
· Hipotesis: Tunjuk ajar ibu bapa mempengaruhi hubungan di antara jumlah buku dengan kebolehan membaca.
· Pembolehubah bebas: Jumlah buku
· Pembolehubah bersandar: Kebolehan membaca ibubapa.
· Pembolehubah penyederhana: Celik ibu bapa
Text
Box: Contoh 3: Diagram menunjukkan kerangka teori tentang perhubungan
antara perbolehubah tidak bersandar (Kebolehan Membaca) dengan
pembolehubah bersandar (Jumlah buku) dipengaruhi juga oleh pembolehubah
penyerdahana (Celik huruf Ibubapa).
Kadangkala
dipanggil pembolehubah ini di panggil sebagai pembolehubah penengah. Ia
mempengaruhi jangkaan penyelidik tentang hubungan antara pembolehubah
bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah ini akan
mendatangkan kekeliruan kepada penyelidik perniagaan yang sedang
mengkaji hubungan sebab musabab. Kekeliruan ini sudah pasti akan
menyebabkan penyelidik tersebut membuat kesimpulan yang salah.
Text
Box: Kepelbagaian kemahiranText Box: Keberkesanan OrganisasiText Box:
Kesan peningkatan keberkesan dengan adanya gaya pengurusan yang
sesuaiText Box: Kesan peningkatan keberkesan tanpa gaya pengurusan yang
sesuaiText Box: Rajah menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak bersandar
ke atas pembolehubah bersandar bila terdapat pengaruh pembolehubah
penyerdahana.
Sebagai
contoh, penyelidik mungkin akan menjangkakan bahawa kepelbagaian
kemahiran dalam sesuatu kumpulan dalam organisasi akan meningkatkan
keberkesanan organisasi tersebut. Bagaimanapun sebenarnya akan terdapat
pembolehubah penyederhana yang akan mempengaruhi hubungan tersebut.
Pembolehubah penyederhana tersebut ialah gaya kepimpinan ketua dalam
sesuatu kumpulan. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah penyederhana hadir
bersama-sama dengan pembolehubah bebas pada masa yang sama.
Pembolehubah campurtangan/pengacau (intervening)
Pembolehubah
bebas, bersandar, kawalan dan penyederhana merupakan
pembolehubah-pembolehubah konkrit. Ketiga pembolehubah, iaitu
pembolehubah bebas, kawalan dan penyederhana tersebut dapat dimanipulasi
oleh penyelidik dan pengaruh ketiga-tiga pembolehubah tersebut dapat
dilihat atau diperhatikan. Lain halnya dengan pembolehubah pengacau yang
mana pembolehubah tersebut bersifat hipotetikal. Ini bermaksud secara
konkritnya, pengaruhnya tidak kelihatan, tetapi secara teoritis dapat
mempengaruhi hubungan antara pembolehubah bebas dan bersandar yang
sedang dikaji. Oleh kerana itu, pembolehubah pengacau didefinisikan
sebagai pembolehubah yang secara teoritis mempengaruhi hubungan
pembolehubah yang sedang diteliti tetapi tidak dapat dilihat, diukur,
dan dimanipulasi. Pengaruhnya harus disimpulkan dari pengaruh-pengaruh
pembolehubah bebas dan pembolehubah penyederhana terhadap gejala yang
sedang dikaji.
Contoh:
· Hipotesis: Jika minat terhadap tugas meningkat, maka motivasi mengerjakan tugas tersebut akan semakin meningkat
· Pembolehubah bebas: minat terhadap tugasan
· pembolehubah bersandar: motivasi dalam mengerjakan tugas
· Pembolehubah pengacau: proses belajar
Keterangan
kes di atas dapat diterangkan sebagai berikut. Jika pelajar tertarik
terhadap tugasan yang diberikan oleh pensyarah, maka hasilnya akan baik.
Besar atau kecilnya motivasi dipengaruhi oleh minat. Namun demikian,
hasil akhir tugasan tersebut dipengaruhi oleh faktor pelajar itu sendiri
sama ada belajar atau tidak terlebih dahulu sebelum melakukan tugasan
tersebut. Dengan minat yang tinggi dan persiapan belajar yang baik, maka
motivasinya akan semakin tinggi.
Contoh 2:
· Hipotesis: Layanan yang baik mempengaruhi kepuasan pelanggan
· Pembolehubah bebas: layanan yang baik
· Pembolehubah bersandar: kepuasan pelanggan
· Pembolehubah pengganggu: kualiti produk
Pada
umumnya layanan yang baik akan memberikan kepuasan yang tinggi terhadap
pelanggan. Namun demikian kualiti produk akan mempengaruhi hubungan
pembolehubah layanan dengan pembolehubah kepuasan. Layanan yang baik
belum tentu memberikan kepuasan kepada pelanggan jika kualiti produknya
rendah. Misalnya pemilik sebuah kedai kasut memberikan layanan yang baik
kepada pelanggannnya. Ketika seorang pembeli mengetahui bahawa kasut
yang dijual rosak pada bahagian tertentu maka tingkat kepuasannya akan
turun.
Sebagai
contoh yang lain kita dapati pendapatan atau gaji yang lumayan
dipengaruhi oleh kemahiran Seperti di dalam kes di atas di mana
pembolehubah tidak bersandar iaitu kepelbagaian kemahiran akan
mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu keberkesanan organisasi,
pembolehubah campurtangannya ialah pembolehubah yang timbul daripada
kepelbagaian kemahiran yang dipanggil sinergi kreatif. Sinergi kreatif
timbul daripada kepelbagaian etnik, budaya dan adat resam. Di mana
kepelbagaian kaum akan menyumbang kemahiran mereka dalam bidang-bidang
tertentu dalam menyelesaikan masalah pengurusan organisasi. Oleh itu,
pembolehubah campurtangan akan timbul dalam masa yang berlainan. Apabila
ada kepelbagaian dalam sumber tenaga kerja maka kemudian baru timbul
kepelbagaian dalam kemahiran dan akhirnya akan menyumbang kepada
keberkesanan organisasi.
Contoh
3: Diagram menunjukkan motivasi untuk bekerja adalah pembolehubah
pengacau (intervening variable). Prestasi pekerja akan meningkat apabila
diberikan kerja yang mencabar, tetapi kerja itu sendiri memberikan
motivasi untuk bekerja kuat.
Hubungan Antara Pembolehubah Tidak Bersandar, Pembolehubah Pengacau, Pembolehubah Penyederhana Dan Pembolehubah Bersandar.
Contoh Kes
Contoh
di atas menunjukkan perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah bebas
(umur, peluang kenaikan pangkat, kepuasa kerja, jangkamasa bekerja dan
jantina) terhadap pembolehubah bersandar (Komitmen terhadap organisasi)
Contoh 2: Diagram Kerangka Teori
Sebuah
kerangka kerja teoritikal dengan kehadiran pembolehubah pengacau dan
pembolehubah penyederhana dalam sebuah rajah skematik.
Penerangan
Pembolehubah
tidak bersandar adalah meningkatkan keaadaan kerja yang selesa, gaji
yang lumayan dan peluang bercuti akan mempengaruhi penghargaan diri
seseorang pekerja (self-esteem). Apabila ketiga-tiga pembolehubah tidak
bersandar ini adalah tinggi di dalam keaadaan kerja, maka penghargaan
diri juga akan tinggi. Walau bagaimanapun peningkatan gaji bukanlah
semata-mata boleh meningkatkan penghargaan diri seseorang pekerja. Ini
kerana pendapatan yang lumayan adalah dipengaruhi oleh pekerja yang
berpengalaman yang mana mereka dapat mencari pendapatan sampingan.
Pendapatan sampingan ini akan menyebabkan pekerja itu gembira
(intervening variable) maka akan menyebabkan penghargaan diri (morale)
meningkat.
(Sumber :http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/03/pembolehubah.html)
sangat membantu dalam menyiapkan tesis. Jazakallah
ReplyDeletesangat membantu dalam menyiapkan tesis. Jazakallah
ReplyDelete