Tuesday, 18 December 2012

BAB 3 : SOROTAN LITERATUR

Pengenalan
Sorotan literature berasaskan pada andaian bahawa pengetahuan adalah dikumpulkan dan manusia belajar serta memilihnya berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu. Sorotan literature juga adalah kajian semula dalam mengumpulkan pengetahuaan tentang sesuatu persoalan di mana ianya merupakan langkah asas pertama dalam proses penyelidikan. 
 
Tujuan sorotan literatur
1.Tujuan pertama
v Menunjukan bahawa kita kenal tentang sesuatu bidang pengetahuan dan menjadikan pembaca yakin tentang pengetahuan dan kebolehan kita.
v Contohnya: Penyelidikan Max Weber mengenai kewujudan konsep autoriti.
v Mengkaji mengenai bagaimana kewujudan konsep autoriti.
v Autoriti merupakan suatu kuasa sah dan diterima umum serta mempunyai kemampuan atau kebolehan seseorang untuk menyuruh orang lain melakukan sesuatu.
v Misalnya Max Weber, pernah membincangkan asal-usul negara dan autoriti, beliau menyatakan memang menjadi kebiasaan golongan lebih muda menghormati golongan yang lebih berpengalaman.
v Selain itu,berdasarkan kajian Weber, kita dapat mengketogorikan jenis sorotan yang digunakan adalah sorotan teoritikal.
v Sorotan teoritikal adalah sorotan yang membawa penulis atau penyelidik menjurus kepada mengemukakan  beberapa teori atau konsep yang berfokus pada topic yang sama dan membandingkannya.
v Berdasarkan kepada andaian, ketepatan logical dan penjelasan kepada skop, jenis sorotan teoritikal jelas menunjukan dalam kajian Weber mengenai kewujudan konsep autoriti. Jelaslah bahawa konsep autoriti muncul adalah disebabkan sesuatu kuasa yang ada pada seseorang boleh digunakan tanpa paksaan kerana seseorang itu sudah mempunyai kesahan atau kuasa sah yang diterima umum.
 
2.Tujuan sorotan literature yang ke-2
Ø  Adalah untuk menunjukkan penyelidikan dahulu dan bagaimana ia dikaitkan dengan projek yang akan dijalankan kini. Sorotan ini menggariskan arah penyelidikan melalui pengkajian semula dan perkembangan ilmu pengetahuan,
Ø  Contohnya: Penindasan di tempat kerja.
Ø  Seorang pengkaji ingin mengkaji keadaan penindasan di tempat kerja dengan merujuk kajian Karl Marx yang menunjukan penindasan ke atas perkerja kilang.
Ø  Pengkaji tersebut juga menggunakan teori-teori Karl Marx sebagai sorotan teoritikal dan sorotan konteks. Penyelidik membuat sorotan literature supaya adalah penting supaya hasil penyelidikan dahulu dapat dirujuk agar membolehkan pengkaji membuat perkaitan disamping penyelidikan lebih terarah pada kajian yang ingin dikaji.

3.Tujuan literature yang ke-3
ü  Mengintegrasi dan merumus hasil penyelidikan yang diketahui dalam sesuatu bidang, sesuatu sorotan yang mencantumkan dan member hasil tesis keputusan yang berlainan.

ü  Contoh1:Encel, Mackenzie dan Tabbut telah menyatakan bahawa kuasa ekonomi dan social adalah factor penting yang menyebabkan bertambahnya bilangan wanita dalam tenaga kerja:
ü  Antara faktornya.
ü  Berkurangnya anggapan konvensional yang menghalang perkerjaan untuk wanita. Perkembangan dalam bidang perkerjaan yang memerlukan tenaga kerja wanita. Peningkatan penggunaan alat-alat yang menjimatkan masa membuat kerja di rumah
 
4. Tujuan yang ke-4
* Adalah untuk belajar daripada hasil penyelidikan idea-idea baru. Sorotan ini memberitahu kita apa yang orang lain hasilkan supaya seseorang penyelidik boleh mengambil manfaat hasil usaha orang lain.
*     Contoh: Penyertaan wanita dalam ekonomi di Malaysia sebelum merdeka.
*     Wanita di Malysia memang telah lama memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia.
*     Kajian oleh Abdullah Munshi, menurutnya pasar di Kelantan dipenuhi oleh wanita yang menjaja dan menjual hasil tanaman dan makanan. Pandangan yang sama juga dikeluarkan oleh Rosemary Firth, 1966 yang menyebut wanita pantai timur membantu suami mereka yang menjadi nelayan dengan menyiang ikan dan menyirat jala.
*     Dikebanyakan negeri di semenanjung wanita terlibat dengan pengeluaran dan hasil kemahiran tangan seperti anyaman, sulaman, dan tenunan. Ini menurut Gullick dalam Marderson 1981:35.
*     Manakala Swift pula menyatakan wanita terlibat dalam penternakan ayam. Manakala Wilson 1967 pula menyatakan mereka terlibat dengan kerja-kerja penanaman getah. Ini membuktikan bahawa kadar penyertaan wanita dalam perkerjaan bagi tahun-tahun sebelum merdeka agak rendah.

  Jenis-Jenis Sorotan Literatur:-
1. Sorotan Konteks
*     Sorotan Konteks adalah satu jenis sorotan umum di mana pengarang menghubungkaitkan satu kajian khusus kepada suatu pengetahuan ilmu yang lebih besar.
*     Ia biasanya ditulis di awal laporan penyelidikan dan memperkenalkan kajian itu dengan meletakkannya di dalam rangka yang lebih luas dan menunjukan bagaimana ia berterusan membina suatu pemikiran atau kajian yang berkembang.
 
2. Sorotan Historikal
§  Satu sorotan khusus di mana pengarang menjejakki sesuatu isu dalam jangka masa yang tertentu.
§  Sorotan ini boleh digabungkan dengan satu sorotan teoritikal atau sorotan metodologikal untuk menunjukan bagaimana konsep teori, atau kaedah penyelidikan berkembang dari masa ke semasa. 
 
3. Sorotan Integratif
v Sorotan ini merupakan satu sorotan umum. Pengarang mempersembahkan dan meringkaskan tahap semasa pengetahuan tentang sesuatu topic.
v Ia memberi penekanan terhadap persetujuan dan pertentangan yang terdapat di dalamnya.
v Terdapat penggabungan dengan sorotan konteks atau mungkin diterbitkan dalam satu artikel bebas yang menjadi satu perkhidmatan kepada penyelidik-penyelidik lain

4. Sorotan  Metodologikal
Ø  Sorotan ini merupakan satu jenis sorotan integrative yang khusus. Pengarang membanding dan menilai kekuatan relative metodologikal pelbagai kajian dan menunjukan bagaimanakah metodologi-metodologi
Ø  Contoh: rangka penyelidikan, kayu mengukur, sampel) yang berbeza mengambilkira keputusan-keputusan yang berbeza.

5.Sorotan Kajian Kendiri
o   Sorotan ini memperlihatkan kefahaman diri pengarang di dalam bidang yang diselidiki.
o   Sorotan ini lazimnya menjadi sebahagian daripada keperluan programpendidikan atau sesuatu khusus.

6. Sorotan  Teoritikal
ü  Satu sorotan khusus di mana pengarang mempersembahkan beberapa teori atau konsep yang memfokuskan kepada topic yang sama
ü  Membuat perbandingan berdasarkan andaian-andaian, logic yang konsisten,dan skop penerangan.




Ciri-ciri Sorotan Karya yang Baik
*     Sorotan literature yang hendak dihasilkan haruslah teratur dan sistematik
*     Sesuatu penulisan ulasan memerlukan sesuatu perancangan, penulisan yang jelas dengan memastikan tujuan penulisan diutarakan dengan jelas dan efektif sewaktu penulisan.
*  Menunjukan data yang terdahulu mempunyai kaitan dan hubungan projek @ tajuk penyelidikan semasa yang sedang dijalankan
*     Mempunyai suatu tajuk dan persoalan yang spesifik, khusus dan focus kepada suatu isu tertentu.
*     Seseorang penulis mestilah pandai berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisan ulasannya.
*     Mengunakan kaedah yang betul untuk penulisan ulasan iaitu penyusunan yang betul.

Kesimpulan
Sorotan literature adalah penting di baca terlebih dahulu oleh penyelidik sebelum memulakan suatu kajian lapangan. Dalam menjalankan kajian lapangan, penumpuan harus diberikan kepada kaedah kualitatif berbanding kaedah kuantitatif kerana menerusi kaedah kualitatif lebih bersifat terbuka kerana penyelidik dapat menerima idea-idea dan menjana teori-teori baru.

 (Sumber : http://tomorrowiscertain.blogspot.com/2011/02/tujuan-utama-seseorang-penyelidik.html )


 ##########################################################################



3.0     Kepentingan Sorotan Literatur

Kebanyakan subjek kajian menjelaskan bahawa pengetahuan tentang kerja dan kajian lalu
yang relevan membolehkan mereka mentakrifkan dan memantapkan soalan kajian mereka. Sebagai tambahan, mereka menyatakan bahawa penelitian terhadap kajian berkaitan dapat membantu mereka mengenal pasti kaedah, prosedur, dan instrumen yang terbukti berguna dan yang kurang berguna bagi kajian mereka. Ringkasnya, kebanyakan subjek kajian berpendapat bahawa tujuan utama tinjauan literatur adalah untuk menunjukkan bahawa seseorang pengkaji memahami apa yang telah dilakukan dan dicapai oleh pengkaji lain dalam bidang kajian pilihan, dan menjelaskan bagaimana kajian yang hendak dijalankan itu berbeza dari kajian lain. Bagaimanapun sebilangan kecil subjek kajian gagal untuk membezakan dengan jelas antara tinjauan literatur dengan kritik artikel.


3.1     Sumber Sorotan Literatur

Sumber bagi literatur boleh dibahagi kepada tiga kategori, iaitu sumber utama, sumber sekunder, dan sumber ketiga. Sebahagian sumber yang digunakan oleh subjek kajian adalah berbentuk sumber sekunder, tetapi dalam menyatakan rujukan, sumber tersebut sering kali ditulis sebagai sumber utama. Dengan kata lain, subjek kajian membaca artikel yang mana pengarang menjelaskan kerja yang dijalankan oleh orang lain. Kemudiannya, subjek kajian menggunakan penjelasan tersebut dalam tinjauan literatur mereka tanpa membaca tulisan asal. Semasa membuat rujukan pula, subjek kajian menulis rujukan seakan-akan mereka membaea tulisan asal. Beberapa subjek kajian menyatakan bahawa mereka menyedari apa yang berlaku, tetapi mereka tidak mengetahui cara untuk membuat rujukan bagi kes seperti itu. Ringkasnya, sebahagian subjek kajian bergantung pada apa yang diperkatakan oleh pengarang lain tentang sesuatu kerja penyelidikan. Mereka tidak membaca tulisan asal penyelidik itu sendiri. Bagaimanapun, semua subjek kajian) bersetuju bahawa sumber utama membekalkan maklumat yang lebih terperinci tentang penyelidikan asal berbanding dengan sumber sekunder.

Seterusnya, sebahagian besar literatur yang dianalisis oleh subjek kajian membabitkan literatur yang dihasilkan oleh sarjana Barat. Subjek kajian menjelaskan bahawa literatur tempatan sukar untuk dikenal pasti, kecuali dengan melakukan kerja mencari secara fizikal. Ini kerana sebahagian besar literatur tentang penyelidikan tempatan tidak diterbitkan dan perbincangan tentang penyelidikan tempatan jarang dimuatkan dalam Internet. Justeru, laporan kajian tersebut tidak dapat diakses dengan mudah. Dari segi jurnal akademik, subjek kajian menganggap bahawa Educational Studies in Mathematics dan Journal for Research in Mathematics Education sebagai dua bahan rujukan yang sangat berguna. Bagaimanapun, mereka menjelaskan bahawa artikel terbaru dalam Journal for Research in Mathematics Education sukar untuk diperoleh sebab jurnal tersebut tidak dilanggan oleh Perpustakaan dalam bentuk bercetak. Menurut mereka, maklumat tentang artikel terbaru dalam jurnal itu hanya dapat diketahui melalui Proquest. Subjek kajian juga menjelaskan bahawa tidak banyak buku terbaru tentang pendidikan matematik di Perpustakaan. Menurut mereka, keadaan ini menyulitkan usaha untuk membuat tinjauan literatur secara bermakna. Kebanyakan subjek kajian mengetahui tentang perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan, tetapi segelintir sahaja yang pemah menggunakan perkhidmatan tersebut. Semua subjek kajian menyatakan bahawa sumber maklumat boleh berbeza antara satu sama lain dalam beberapa aspek seperti status maklumat, bentuk kandungan, format penulisan, dan status pengadilan. Menurut mereka, artikel jurnal mengandungi maklumat penyelidikan yang lebih padat berbanding dengan maklumat dalam buku akademik. Seterusnya, kebanyakan mereka mengetahui bahawa sesetengah jurnal mengambil masa yang agak panjang untuk menerbitkan sesuatu artikel. Akibatnya, artikel tersebut tidak bersifat terkini. Dalam mencari literatur lepas yang hendak diteliti, kebanyakan subjek kajian menggunakan tajuk kajian sebagai fokus. Misalnya, mereka akan mencari kajian-kajian literatur yang mempunyai tajuk yang sama dengan kajian yang mereka hendak jalankan.

 Walaupun pencarian menghasilkan literatur yang terhad, sebahagian subjek kajian nampaknya keberatan untuk meluaskan skop pencarian literatur dengan memberi tumpuan juga kepada kajian yang mempunyai tajuk yang hampir sama, bidang yang sama, dan bidang yang hampir sama dengan kajian mereka. Dengan kata lain, mereka kurang terbuka dalam penggunaan kata kunci {descriptors) dan sinonim yang lebih luas bagi pencarian literatur. Seterusnya, perkara seperti rangka teori, reka bentuk kajian, metodologi kajian, subjek kajian, dan instrumen kajian jarang digunakan sebagai fokus bagi mencari literatur lepas yang hendak diteliti. Amalan seperti ini mungkin tidak menimbulkan masalah jikaiau terdapat banyak kajian lepas yang mempunyai tajuk yang sama dengan kajian yang hendak dijalankan.Subjek kajian menjelaskan bahawa terdapat banyak sumber bagi tinjauan literatur. Mereka mengetahui bahawa ada sumber yang bernilai tinggi dan ada pula yang kurang nilainya dari segi akademik. Kebanyakan subjek kajian, khususnya mereka yang menjalankan kajian pada pertengahan tahun 1990-an hingga masa kini menjelaskan bahawa pencarian literatur secara on-line adalah sangat popular dan banyak membantu mereka. Mereka berpendapat bahawa kemahiran menggunakan Internet dan kebolehan 13 untuk mendapat akses kepada perpustakaan digital adalah sangat penting bagi membuat tinjauan literatur. Dalam konteks ini, mereka menyatakan bahawa penyediaan infrastruktur ICT dan prasarana jalur lebar untuk capaian ke Internet di tempat pengajian adalah satu keperluan asas.


3.2     Proses Dan Organisasi Sorotan Literatur

Subjek kajian malah membuat sorotan literatur pada peringkat awal kajian lagi. Mereka menggunakan kajian lepas untuk membantu mereka menentukan masalah kajian dan membentuk soalan atau hipotesis kajian. Subjek kajian mencari literatur yang berkaitan dengan topik kajian mereka dalam pelbagai tempat yang berbeza seperti jurnal, buku, dan laman web. Sebahagian besar kerja tersebut dilakukan secara fizikal atau manual seperti mencari artikel dalam jurnal tertentu yang terdapat di Perpustakaan Utama Universiti Malaya, dan mencari dan membaca tesis, disertasi, dan kertas proiek vans terdapat di Fakulti Pendidikan. Bagaimanapun, terdapat sebahagian subjek kajian, khususnya calon doktor falsafah, yang menggunakan kemudahan Internet secara ekstensif. Mereka nampaknya memahami konsep kata kunci (keywords), iaitu perkataan atau ungkapan pendek yang merumuskan topik kajian, dan mereka menggunakan kata kunci untuk membantu mereka mengenal pasti sumber rujukan yang relevan dalam Perpustakaan atau pangkalan data dalam talian {online database). Namun begitu, terdapat subjek kajian yang kurang pasti sama ada pemyataan tentang masalah kajian boleh dianggap sebagai sumber utama bagi kata kunci.

Mereka juga tidak menyedari bahawa Thesaurus of ERIC Descriptors dapat membantu pengkaji untuk mengenal pasti perkataan pemerihal (descriptors) yang sepadandengan topik kajian mereka. Semua subjek kajian menyatakan bahawa tinjauan literatur adalah satu proses yang berterusan. Mereka bersetuju bahawa usaha untuk meneruskan aktiviti meninjau literatur selagi kajian belum siap adalah satu tindakan yang berguna, khususnya, bagi kajian yang mengambil masa yang lama untuk siap. Seterusnya, semua subjek kajian menyatakan bahawa mereka tidak mengikut satu cara yang tetap atau linear semasa membuat tinjauan literatur. Bagaimanapun, mereka bersetuju bahawa tinjauan literatur membabitkan beberapa langkah umum yang berkaitan antara satu sama lain:

• Menentukan kata kunci bagi mencari literatur tertentu.
• Menentukan lokasi literatur tertentu dengan meneliti pelbagai sumber.
• Memilih dan mendapatkan literatur yang hendak ditinjau.
• Membaca, menganalisis, menilai, mensintesiskan, dan menyusun literatur
pilihan dengan membuat catatan atau abstrak.
• Menulis satu tinjauan yang melaporkan ringkasan literatur pilihan.

Bagaimanapun, subjek kajian mempunyai tafsiran yang tersendiri tentang setiap langkah di atas. Seterusnya, konsepsi subjek kajian tentang langkah bagi tinjauan literatur adalah agak berbeza daripada aktiviti sebenar yang mereka lakukan. Dengan kata lain, terdapat jurang antara konsepsi subjek kajian dengan amalan subjek kajian dalam membuat tinjauan literatur. Misalnya, subjek kajian jarang sekali mempertimbangkan kesahan maklumat yang mereka baca, walaupun mereka berpendapat bahawa pertimbangan itu adalah penting. Sebahagian subjek kajian menjelaskan bahawa bukan semua maklumat yang terdapatdalam Internet boleh dipercayai. Menurut mereka, terdapat individu yang memuatkan artikel mereka dalam Internet tanpa melalui proses penilaian luar yang standard. Bagaimanapun, terdapat subjek kajian yang mengalami kesukaran untuk membezakan artikel yang boleh dipercayai dengan artikel yang tidak boleh dipercayai tentang perkara tertentu, khususnya perkara yang membabitkan perbincangan tentang teori, sebab mereka kurang pengetahuan tentang tokoh atau penyumbang utama dalam bidang tertentu.

Berhubung dengan sumber maklumat, kebanyakan subjek kajian berpendapat bahawa sumber sekunder adalah berguna apabila mereka mula membuat tinjauan literatur untuk meneroka sesuatu topik dan menentukan jenis bahan dan tulisan yang berkaitan dengan topik tersebut. Sebahagian subjek kajian menerangkan bahawa mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan tulisan asal yang dikenal pasti melalui sumber sekunder. Semua subjek kajian bersetuju bahawa tinjauan literatur perlu memuatkan beberapa literatur terkini tentang perkara yang hendak dikaji dan menggambarkan pemikiran semasa tentang perkara tersebut. Bagaimanapun dari sudut praktikal, sebahagian subjek kajian menerangkan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bahan terkini yang berkaitan dengan kajian mereka. Mereka berpendapat bahawa penglibatan dalam seminar di peringkat antarabangsa dan pendedahan yang lebih banyak kepada seminar di peringkat nasional dapat membantu mereka untuk memperoleh maklumat terkini tentang penyelidikan dalam pendidikan matematik. Selepas mengesan lokasi bagi sesuatu artikel jurnal, kebanyakan subjek kajian membuat salinan atau memuat turun artikel tersebut. Mereka jarang sekali membuat abstrak bagi setiap sumber maklumat yang dibaca. Walaupun kebanyakan subjek kajian menjelaskan bahawa abstrak merujuk ringkasan tentang aspek utama sesuatu kajian atau artikel, yang dinyatakan dalam bentuk yang padat, dan membabitkan komponen khusus bagi bahan yang dibaca, tetapi sebahagian mereka tidak dapat menyatakan dengan terperinci perkara asas harus dimiliki oleh sesuatu abstrak

.
4.0     Analisis Literatur

Sebahagian tinjauan literatur yang dibuat oleh subjek kajian adalah tidak lebih dari laporan tentang apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh orang lain. Tinjauan  tersebutadalah sekadar satu senarai pemerian tentang bahan-bahan yang telah diterbitkan atau satu himpunan ringkasan tentang kajian lepas. Subjek kajian membincangkan beberapa kajian tertentu, tetapi mereka tidak menerangkan dengan jelas bagaimana kajian tersebut berkaitan dengan soalan kajian mereka. Seterusnya, sebahagian subjek kajian tidak menilai kaedah, hasil, dan keputusan kerja seseorang semasa membuat tinjauan literatur. Nampaknya, tumpuan utama mereka adalah kepada usaha untuk melaporkan apa yang dilakukan oleh pengkaji lain dan persoalan tentang kesahan kajian yang ditinjau tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Misalnya, subjek kajian tidak mempertimbangkan sama ada keputusan atau kesimpulan yang dibuat oleh seseorang pengkaji adalah munasabah berdasarkan data yang dibentangkan. Mereka tidak menilai dan mensintesiskan apa yang dilakukan oleh orang lain semasa mereka membuat tinjauan literatur. Dalam membuat tinjauan literatur, sebahagian subjek kajian tidak menggunakan teori atau perspektif tertentu sebagai landasan. Tanpa orientasi yang jelas, sintesis yang bermakna sukar untuk dilakukan. Misalnya, pelbagai pandangan dan hasil kajian yang berbeza sukar untuk disintesiskan bagi membentuk satu keseluruhan yang padu tanpa menggunakan teori yang khusus. Secara khusus, sebahagian subjek kajian kurang memberi tumpuan kepada perkara yang berikut semasa membuat tinjauan literature


• Membandingkan dan membezakan perspektif teori yang berbeza tentang topik pilihan.

• Menunjukkan bagaimana pendekatan tentang topik pilihan telah berubah merentasi    
   masa.

• Menjelaskan aliran umum dalam dapatan kajian yang berkaitan dengan topik  pilihan.

• Mengenal pasti dapatan kajian yang bercanggah dan mencadangkan  penjelasan yang  
   mungkin bagi percanggahan tersebut.

• Mengenal pasti jurang pengetahuan yang terdapat dalam literatur tentang perkara yang
   hendak dikaji.

• Mengenal pasti tema umum merentasi literatur. 

(Sumber :http://elcyee.multiply.com/journal/item/5/kepentingan-dan-analisis-sorotan-literatur?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem)

******************************************************************************************************
 

No comments:

Post a Comment