Thursday, 22 November 2012

7. Jenis HIPOTESIS (Nul & Alternatif)

Pernyataan sesuatu hipotesis bersifat sama ada negatif atau positif.

i. HIPOTESIS NUL / STATISTIK

- Hipotesis yang mempunyai pernyataan negatif. 

- Hipotesis statistik yang menyatakan bahawa tidak terdapat kaitan antara pembolehubah yang diselidik, sehingga diuji secara statistik.

- Penyelidik perlu bersikap terbuka dan adil dalam menentukan keputusan sesuatu penyelidikan, iaitu dengan menyatakan tidak ada kaitan, perubahan, pengaruh, kesan dan sebagainya terhadap perkara yang diselidik.   
  •  Contoh : 
      1. Jantina tidak mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

      2. Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

** Bagi hipotesis no. 1, apabila dikatakan bahawa tiada kaitan antara jantina dan pencapaian pelajar, dijangkakan bahawa pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah tidak berbeza, seperti yang dinyatakan dalam hipotesis no. 2 juga. 

Jika keputusan ujian statistik menunjukkan :
  •  tidak berbeza secara signifikan
Penyelidik akan menerima hipotesis nul sekiranya perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan tidak berbeza secara signifikan.
 
  •  berbeza secara signifikan
Penyelidik akan menolak hipotesis nul sekiranya terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian  pelajar lelaki dan pelajar perempuan.


 ii. HIPOTESIS ALTERNATIF / PENYELIDIKAN

- Hipotesis yang mempunyai pernyataan positif. 

- Hipotesis penyelidikan yang menyatakan bahawa terdapat kaitan antara pembolehubah yang diselidik.

- Hanya pembolehubah tertentu yang dianggap mempunyai kaitan akan diselidik dalam sesuatu penyelidikan. Penyelidikan tidak akan dilakukan ke atas pemboleh ubah yang tiada kaitan seperti pencapaian pelajar dan jenis darah.
  •  Contoh : 
      1. Jantina mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

      2. Terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

** Kedua-dua hipotesis menyatakan bahawa terdapat kaitan antara jantina dan pencapaian pelajar, bermaksud akan wujud perbezaan pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan, maka penyelidikan dilaksanakan bagi memastikan wujudnya kaitan.

Jika keputusan ujian statistik menunjukkan :
  • berbeza secara signifikan 
Penyelidik akan  menerima hipotesis alternatif sekiranya terbukti wujud perbezaan yang signifikan antara pencapaian  pelajar lelaki dan pelajar perempuan. 
  •  tidak berbeza secara signifikan
Penyelidik akan menolak hipotesis alternatif sekiranya perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan tidak berbeza secara signifikan.

9. Apakah PERSOALAN KAJIAN?

  • Apakah yang mungkin dicapai (ramalan secara formal)
  • Persoalan berkaitan dengan objektif kajian.
  • Persoalan menjurus mencapai objektif sekiranya ditulis selepas objektif.
  • Mampu dijawab dalam soal selidik.
  • Mengaitkan dua pembolehubah dalam masalah kajian jika ditulis sebelum objektif.
  • Bentuk hipotesis berdasarkan teori atau dapatan lalu.
  • Nyatakan sebagai cadangan kepada jawapan atau penyelesaian kepada masalah kajian.
  • Pernyataan yang dipilih boleh diuji kebenarannya.


CONTOH PERSOALAN KAJIAN


  • Apakah corak amalan keibubapaan dalam aspek meluangkan masa terhadap anak-anak dalam keluarga pelajar miskin?
  • Apakah corak amalan keibubapaan dalam aspek bimbingan yang diberikan terhadap anak-anak dalam keluarga pelajar miskin?
  • Apakah corak amalan keibubapaan dalam aspek aspirasi terhadap pencapaian anak dalam keluarga pelajar miskin?

Friday, 19 October 2012

6. Jenis HIPOTESIS (Tidak Terarah & Terarah)


Secara amnya, hipotesis boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok utama iaitu :-

a. HIPOTESIS TIDAK TERARAH

- Pernyataan yang tidak menunjukkan arah perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah yang diselidik.

- Penyelidik hanya ingin memastikan samaada wujud atau tidak perbezaan yang signifikan antara pencapaian dua pemboleh ubah terlibat. 

Contoh : 
i. Terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan di kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.
ii.   Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar lelaki dan pelajar perempuan di kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

- Terdapat kemungkinan kewujudan perbezaan dari segi pencapaian antara jantina, tetapi tidak signifikan, dan ini dapat diuji secara statistik. Dalam penyelidikan, perbezaan yang tidak signifikan dianggap umpama tiada perbezaan.  



b. HIPOTESIS TERARAH

- Pernyataan hubungan antara pembolehubah yang mengarah ke arah sesuatu.

 Contoh : 
i. Pelajar lelaki mempunyai pencapaian  yang lebih tinggi daripada pelajar perempuan dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.
ii.  Pelajar perempuan mempunyai pencapaian  yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki dalam kalangan pelajar universiti yang lemah dalam kursus sains.

- Hipotesis tidak mempersoalkan kewujudan perbezaan tetapi telah menerima hakikat bahawa wujud perbezaan.


Penting :
Sama ada sesuatu hipotesis itu terarah atau tidak bergantung kepada arah dapatan kajian terdahulu.

2. Apakah HIPOTESIS ?




•       Saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji/menyelesaikan masalah 
 
•       Membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan 
 
•       Memberi jangkaan mengenai hubungan antara pembolehubah-pembolehubah 
 
•       Dibentuk sebelum pengumpulan data bagi memberi panduan pengumpulan dan pentakbiran 
 
•       Bukti dari cerapan akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis perlu diterima atau diketepikan



      Jika ia adalah dari pemerhatian sendiri, disokong oleh penyelidikan yang lain, disokong oleh hipotesis lain, disokong oleh kajian literatur lain, dan disokong oleh rangka kerja teori ANDA SENDIRI .... Oleh itu Sebaik-baiknya anda PERLU JANGKAKAN BAHAWA hipotesis anda AKAN DITERIMA DAN TIDAK DITOLAK ... ADAKAH BENAR jangkaan anda?
Jika BENAR, maka anda berjaya membentuk HIPOTESIS YANG TEPAT dalam kajian anda



Kenapa HIPOTESIS diTOLAK ?

  1. ØKerangka Teori yang lemah
  2. ØTelah dibuktikan oleh kajian terdahulu
  3. ØTidak mengambil kira kesemua prosedur dan teknik yang mungkin berkaitan kajian
 Maka.....dapat dirumuskan bahawa :

ØHipotesis penting dalam menentukan hala tuju kajian, sama ada ia terarah atau tidak terarah.
ØHipotesis membolehkan pengkaji melihat / mengkaji perkaitan di antara pembolehubah-pembolehubah
ØHipotesis mengesahkan / membuktikan tajuk kajian
 
 

4. Tujuan HIPOTESIS

1. Memberi jangkaan/ramalan sementara tentang fenomena: menghubungkan fenomena dan penyelesaian masalah dengan badan pengetahuan berdasarkan fakta yang diperolehi.

2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.

3. Memberi panduan penyelidikan: sebagai wakil objektif, hipotesis menentukan apakah masalah dan bagaimana mengumpul (kaedah kajian), menganalisis & mentakbir data dan menentukan asas pemilihan sampel.
 
4. Memberi kerangka laporan dapatan dan kesimpulan.

10. Membentuk PERSOALAN KAJIAN


Pendefinisian masalah atau yang selalu disebut pernyataan masalah adalah satu bentuk pernyataan yang ringkas dan padat. Pernyataan masalah ini mestilah dibuat dalam bentuk persoalan. Persoalan-persoalan yang dibentuk adalah isu-isu yang akan dikaji dengan bermatlamatkan kepada jawapan atau penyelesaiannya. 



·  Bidang-bidang yang mempunyai kaitan dengan masalah konsep yang mana memerlukan penerangan yang lebih lanjut bagi pembangunan sesebuah teori yang lebih baik.
 
·  Situasi-situasi yang mana penyelidik berminat untuk mencari jawapan terhadap persoalan kajian secara empirikal kerana berminat terhadap topik tersebut.

 


Pada peringkat ini, masalah dikenalpasti sebagai panduan kepada penyelidik terhadap peringkat yang seterusnya. Sebagaimana proses penyelidikan, masalah akan ditentukan atau dikenalpasti semula.
 

Pernyataan masalah perlu ditulis dengan lengkap dan jelas. Ini kerana pernyataan masalah yang lengkap dan jelas akan menentukan persoalan dan objektif kajian. Sebagai contoh, katakan seorang penyelidik ingin menyiasat perbezaan gaji di kalangan pekerja-pekerja pengeluaran. Antara persoalan yang boleh ditimbulkan ialah: 
 
 
·  Adakah terdapat perbezaan gaji mengikut jantina?
·  Apakah faktor-faktor yang membawa kepada perbezaan   

   gaji dikalangan pekerja pengeluaran?
·  Adakah perbezaan gaji disebabkan oleh taraf pendidikan 

   yang berbeza?
·  Adakah perbezaan gaji disebabkan oleh pengalaman?
·  Adakah perbezaan gaji dipengaruhi faktor umur?
 



Persoalan-persoalan ini akan membantu penyelidik menjuruskan pencarian literatur yang benar-benar relevan dan menyeluruh.